Tuesday, 20 March 2012

Kedatangan Penilai dalam pertandingan Pusat Sumber Sekolah Cemerlang

Pada 1 Mac 2012, para penilai telah membuat penilaian ke atas sekolah kami.Berikat daripada kerjasam semua pihak.Pusat Sumber Sekolah Sekolah Menengah Kebangsaan Parit Bunga berjaya menjadi Johan dalam kategori luar bandar.














Monday, 19 March 2012

Selamat Datang Kepada Para Penilai

Selamat datang kepada para penilai sekalian. Terima kasih kerana sudi datang ke Pusat Sumber SMK Parit Bunga. Ribuan terima kasih juga diucapkan kerana mengunjungi pautan laman sesawang, blog dan juga 'facebook' kami. Terima kasih.

Khidmat Bantu Daripada PKG Muar





Sunday, 18 March 2012

Kemudahan-kemudahan Pusat Sumber Sekolah

  • Pengguna boleh meminjam karel untuk individu

  • Pengguna boleh menggunakan CD-ROM untuk mencari maklumat

  • Pengguna boleh menikmati perkhidmatan pinjaman ala kuriel ke kelas secara ekspress

  • Pengguna boleh meminjam alat permainan contohnya Congkak pada hari rabu sahaja

  • Pengguna boleh menonton siaran Astro di kantin pada pukul 9.30 am, 12.00 pm dan 3.00 pm iaitu pada waktu rehat

  • Perkhidmatan Cyberlibrary di Pusat Sumber Sekolah

  • Perkhidmatan Perpustakaan bergerak dalam kawasan sekolah




Kutil/Ketuat/Kurap

Kutil, Ketuat dan Kurap dapat dirawat dengan menggunakan herba seperti:


Kegatalan Ulat Bulu

Kegatalan dari ulat bulu dapat dirawat dengan menggunakan herba seperti:


Sakit Tekak

Sakit tekak dapat dirawat dengan menggunakan herba seperti:


Sakit Mata

Sakit mata dapat dirawat dengan menggunakan herba-herba seperti:


Nafas dan Badan Berbau

Cara untuk menghilangkan nafas dan badan berbau ialah:


Masalah Keputihan

Masalah Keputihan dapat diatasi dengan menggunakan herba-herba seperti:


Penyakit Kulit

Penyakit Kulit dapat dirawat dengan menggunakan herba-herba seperti:


Sakit Otot / Kekejangan

Sakit Otot dan Kekejangan dapat dirawat dengan menggunakan herba seperti:


Melebatkan Rambut

Herba yang boleh digunakan untuk melebatkan rambut ialah:


Jerawat

Masalah jerawat dapat diatasi dengan menggunakan herba seperti:


Membersihkan Muka

Herba yang boleh digunakan untuk membersihkan muka ialah:


Kencing Berdarah

Kencing berdarah dapat dirawat apabila menggunakan herba seperti:


Sembelit

Sembelit dapat diatasi apabila menggunakan herba-herba seperti:


Membetulkan Urat Saraf

Urat saraf dapat dibetulkan apabila menggunakan herba seperti:


Paru-paru Berair

Paru-paru berair dapat dirawat dengan menggunakan herba seperti:


Kelemumur

Kelemumur dapat diatasi dengan menggunakan herba-herba seperti:

Masalah Penghadaman

Masalah Penghadaman boleh diatasi dengan menggunakan herba seperti:


Sengugut

Sengugut boleh dirawat dengan menggunakan herba seperti:


Sakit Perut

Sakit perut dapat dirawat dengan menggunakan herba-herba seperti:


Sakit Jantung

SAKIT JANTUNG

Jantung manusia terdiri daripada serabut-serabut otot khusus yang bekerja untuk mengepam darah. Apabila otot jantung tidak mendapat bekalan darah yang cukup, seseorang itu dikatakan mengidap sakit jantung. Antara penyebab bekalan darah ke otot jantung tidak cukup, disebabkan saluran darah menjadi sempit kerana dinding sebelah dalam saluran darah dipenuhi lemak, terutamanya "kolesterol".

Antara herba yang boleh menguatkan janting ialah:

Sakit Pinggang dan gigi

Sakit pinggang dan gigi boleh dirawat dengan menggunakan herba seperti:


Selesema

Herba yang boleh digunakan untuk merawat selesema ialah:

Melawas Kencing

Herba yang boleh digunakan untuk melawas kencing ialah:

Limpa Bengkak

Masalah limpa bengkak boleh diatasi dengan menggunakan herba seperti:


Membersihkan darah

Herba-herba yang boleh digunakan untuk membersihkan darah ialah:

Ulser Mulut

Ulser mulut boleh dirawat dengan menggunakan herba seperti:


Gout dan Athritis

Gout dan Athritis boleh dirawat dengan menggunakan herba seperti:

Kurap

Kurap atau dermatofitosis merujuk kepada sejenis penyakit kulit yang disebabkan oleh jangkitan kulat. Terdapat beberapa jenis penyakit kurap, bergantung kepada tempat ia menjangkiti seperti berikut:-
Ia mengambil masa beberapa hari untuk terkena jangkitan akibat daripada kulat. Kurap akan menyebabkan rasa gatal dan kulit akan menjadi kemerah-merahan terutamanya pada hari atau suhu yang panas. Ia boleh berjangkit melalui sentuhan, serta kulat yang dipindah melalui pakaian dan sebagainya.

Kurap boleh dirawat dengan menggunakan herba:

Luka

Luka boleh dirawat dengan menggunakan herba seperti:


Merawat Gigitan Serangga

Apabila terkena gigitan serangga atau haiwan berbisa, terdapat herba-herba yang boleh digunakan untuk merawatnya.Antara herba tersebut ialah:


Sakit Kepala/Pening

Sakit Kepala dan pening dapat dirawat dengan menggunakan herba seperti:

Muntah/Loya

Muntah terbagi menjadi dua,
  • Muntah yang biasa, ini karena memang mau muntah, muntah seperti ini adalah muntah yang tidak ditahan dan tidak dipaksa, tetapi akan terjadi dengan sendirinya jika sudah tidak dapat ditahan lagi.
  • Muntah yang disengaja, atau diusahakan agar muntah, ini bermanfaat [...]bagi kesehatan jika memang diperlukan muntah, misalnya bila mengetahui kalau keracunan makanan atau tertelan sesuatu yang berbahaya,
Muntah dapat terjadi disebabkan oleh beberapa hal, iaitu
  • Lemahnya pencernaan sehingga tidak dapat menghancurkan makanan yang ada dalam perut
  • Terlalu banyak makan [kekenyangan], sehingga perut tidak dapat menampungnya
  • Makanan yang tidak sesuai dengan perut atau memakan makanan yang tidak disukai [merasa jijik]
  • Dapat juga karena pengaruh kejiwaan seperti terlalu sedih atau terlalu susah
  • Tanda kehamilan bagi seorang wanita
Untuk mengatasi muntah atau loya herba yang boleh digunakan ialah:

Kencing Manis

Penyakit kencing manis ataupun (BM = Diabetes melitus; Inggeris = diabetes mellitus merupakan sejenis penyakit yang dapat dicirikan dengan keadaan hiperglisemia (tinggi kandungan glukosa dalam darah), terutamanya selepas pengambilan makanan, pada penghidapnya.
Secara umumnya, penyakit kencing manis dapat digolongkan sebagai:
Diabetes jenis pertama (I) juga dikenali sebagai diabetes bersandar insulin (IDDM - 'Insulin Dependent Diabetes Mellitus') atau diabetes awal remaja. Diabetes jenis I dicirikan dengan kegagalan penghasilan insulin oleh kelenjar pankreas. Biasanya, penghidap diabetes jenis pertama mula mendapat simtom penyakit semasa kanak-kanak atau remaja. Disebabkan oleh kegagalan penghasilan insulin semula jadi oleh badan, pesakit memerlukan suntikan insulin dari luar untuk pengawalan tahap glukosa darah.
Diabetes jenis kedua (II) boleh disebabkan oleh kerintangan insulin (penurunan sensitiviti tisu badan terhadap insulin) dan/atau penghasilan insulin yang berkurangan. Diabetes jenis II, oleh kerana masih mempunyai sedikit sebanyak insulin dari pankreas, boleh dikawal secara pemantauan pangambilan makanan, pengurangan berat badan, bersenam, dan pengambilan ubat secara makan/suapan ( suntikan insulin diperlukan dalam keadaan tertentu sekiranya pengambilan ubat secara makan kurang berkesan atau memberi kesan samping serius kepada pesakit).


Penyakit ini boleh dirawat dengan menggunakan herba seperti:

Panau

Penyakit panau (tinea versicolor atau pityriasis versicolor) merupakan sejenis penyakit kulit yang disebabkan oleh sejenis kulat dari genus Malassezia.
Ia biasanya menimbulkan rasa gatal apabila mereka yang mengidapnya berpeluh.

Panau boleh dirawat dengan menggunakan herba seperti:

Lukemia

Leukemia merupakan barah pada darah atau sum-sum tulang dan bercirikan penggandaan luar biasa sel darah putih, leukosit (inggeris = leukocyte). Ia merupakan sebahagian dari kelompok penyakit yang lebih luas yang dikenali sebagai neoplasma hematologi (''hematological neoplasms'').

Simpton Lukemia
Kerosakan kepada sum-sum tulang, disebabkan oleh penggantian sel sum-sum tulang normal dengan sejumlah besar sel darah putih tidak matang, juga menyebabkan kekurangan platelet darah, yang penting dalam proses penggumpalan darah. Ini bererti mereka yang mempunyai leukemia mungkin menjadi lebam, perdarahan berlebihan, atau mengidap perdarahan mirip cucuk-jarum, petekia (Inggeris = petechia).
Sel darah putih, yang terbabit dalam melawan patogen (Inggeris =pathogen), mungkin dipendam atau tidak berfungsi. Ini mampu menyebabkan huru hara sistem imunisasi pesakit (sel darah putih dll.) mula menyerang sel badan lain.
Akhirnya, juga kekurangan sel darah merah yang mendorong kepada anemia, yang mungkin menyebabkan dispnea (Inggeris = dyspnea). Kesemua simptom ini mungkin dikaitkan kepada penyakit lain; kerana diagnosis, ujian darah dan pemeriksaan sum-sum tulang diperlukan bagi pengesahan leukemia.

Penyakit ini boleh dicegah dengan menggunakan herba seperti:

Alzheimer

Alzheimer atau sebutannya alz-zhai-me, merupakan sejenis penyakit penurunan fungsi saraf otak yang kompleks dan progresif. Penyakit Alzheimer bukannya sejenis penyakit berjangkit. Penyakit Alzheimer adalah keadaan di mana daya ingatan seseorang merosot dengan teruknya sehinggakan pengidapnya tidak mampu mengurus diri sendiri. Penyakit Alzheimer bukannya `nyanyuk' yang sekadar satu proses penuaan. Sebaliknya, ia adalah sejenis masalah kesihatan yang amat menyeksakan dan perlu diberikan perhatian.

Alzheimer digolongkan ke dalam salah satu daripada jenis nyanyuk (dementia) yang dicirikan dengan melemahkan pertuturan, kewarasan, ingatan, pertimbangan, perubahan personaliti dan tingkah laku yang tidak terkawal. Keadaan ini amat membebankan bukan saja kepada si penghidapnya, malah ahli keluarga yang menjaga. Penyakit Alzheimer yang menurunkan fungsi memori ini juga menjejaskan fungsi intelektual dan sosial penghidapnya. Biasanya, ahli keluarga hanya datang membawa pesakit berjumpa doktor apabila mereka sudah tidak tahan dengan gejala pesakit.
Hingga kini, punca sebenar penyakit ini tidak diketahui. Tetapi, ia bukanlah disebabkan penuaan. Bagaimanapun, saintis berpendapat, ia dikaitkan dengan pembentukan dan perubahan pada sel-sel saraf yang normal menjadi serat.

Penyakit ini boleh dicegah dengan menggunakan herba seperti:

Kembung Perut

Kembung perut atau perut kembung

Kedua-dua perkataan di atas adalah sama ertinya. Perut kembung atau kembung perut ialah reaksi angin perut. Apabila anda makan,minum dan menelan bersama air liur,kadangkala badan bertindak mengeluarkan angin berlebihan. Kembung perut tidak semestinya akan mengeluarkan bunyi. Bunyi ini dikenali juga dengan sendawa. Bunyi sendawa ada kalanya merimaskan dan memalukan. Semua peringkat umur mengalami masalah perut kembung. Secara purata kebanyakan manusia melepaskan gas 15 kali hingga 40 kali setiap hari.

Penyebab Kembung Perut:

  • Tabiat mengunyah gula-gula getah atau mengulum gula-gula yang keras.
  • Merokok
  • Makan atau minum terlalu cepat. Apabila makan terlalu cepat, anda menelan lebih banyak udara dan menyebabkan masalah sedia ada bertambah buruk.
  • Minuman berkarbonat mengandungi karbon dioksida. Gas ini akan menghasilkan lebih banyak gas di dalam perut. Minuman ini boleh menyebabkan keradangan perut atau penyakit gastritis.
  • Bakteria Helicobacter pylori berkait rapat dengan gastritis kronik. Apabila bakteria ini masuk ke dalam perut, ia menyebabkan masalah perut yang berpanjangan.
  • Lemak mengambil masa untuk hadam. Ini menyebabkan gas terkumpul dalam perut.

Kembung Perut boleh dirawat dengan menggunakan herba:

Gastrik

Gastrik


gastrik berlaku apabila tiada keseimbangan antara kuantiti rembesan asid hidroklorik (terlalu banyak) dengan kekuatan lapisan pertahanan (menjadi lemah). Jika lapisan pertahanan ini menjadi lemah, ulserberlaku kerana asid hidroklorik boleh sampai ke sel dan menyebabkan keradangan. 



Tanda Gastrik

Tanda gastrik mudah dikesan kerana ia menyebabkan ketidakselesaan pada perut. Antara tandanya ialah :

* Sakit perut (pada bahagian atas perut atau abdomen)
* Rasa senak, berangin atau pedih
* Rasa tidak selesa
* Kembung, sendawa berulang kali dan kerap kentut selepas makan
* Rasa mual (loya) dan muntah
* Hilang selera makan
* Berat badan turun (pada peringkat teruk) 



Penyakit ini boleh dirawat dengan menggunakan herba seperti:

Darah Tinggi

Tekanan darah adalah tekanan yang dikenakan terhadap pembuluh arteri semasa peredaran darah yang disebabkan oleh denyutan jantungDarah tinggiatau Hipertensi (Inggeris = Hypertension) merujuk kepada Tahap tekanan darah yang meningkat lebih tinggi dari tahap biasa secara kronik.[1] Pesakit yang mempunyai sekurang-kurangnya tiga bacaan tekanan darah yang melebihi 140/90 mmHg semasa berehat dijangka mempunyai keadaan darah tinggi.
Kadar tekanan darah tidak sama sepanjang masa. Ia sering berubah-ubah mengikut keperluan badan anda. Jika tekanan darah anda tinggi, doktor anda akan memeriksa semula tekanan darah anda untuk beberapa kali bagi menentukan kadar tekanan darah anda yang sebenar.
Tekanan darah ada dua ukuran dan biasanya diukur seperti berikut - 120 /80 mmHg. Nombor atas (120) menunjukkan tekanan ke atas pembuluh arteri akibat denyutan jantung. Ia dipanggil tekanan sistolik. Nombor bawah (80) menunjukkan tekanan semasa jantung berehat di antara pengepaman. Ia dipanggil tekanan diastolik. Masa yang paling baik untuk mengukur tekanan darah adalah semasa anda rehat dan dalam keadaan duduk atau baring.

Penyakit ini boleh dirawat dengan menggunakan herba seperti:

Demam Kuning

Demam kuning merupakan suatu penyakit yang berkaitan rapat dengan kegagalan organ hati memproses sel darah merah. Kegagalan ini mungkin disebabkan oleh beberapa sebab seperti:-
  1. Kegagalan hati berfungsi ketika lahir.
  2. Kegagalan hati disebabkan jangkitan virus.

Penyakit ini boleh dirawat dengan menggunakan herba seperti:

Demam Malaria

Penyakit ini boleh dirawat dengan menggunakan herba seperti:


Demam

Demam (juga dikenali sebagai pyrexia atau hiperthermia terkawal) merupakan isyarat perubatan biasa dengan cirri-ciri peningkatan suhu melebihi julat biasa 36.5–37.5 °C (98–100 °F) disebabkan peningkatan pada titik set pengawal suhu badan . Peningkatan pada titik set ini mencetus ton otot dan menggigil.
Ketika suhu badan meningkat, terdapat rasa sejuk umum sungguhpun suhu badan meningkat. Sebaik sahaja tahap suhu baru dicapai terdapat rasa panas. Demam merupakan satu tindak imunisasi balas yang cuba menangani jangkitan bacteria atau virus. Demam boleh dicetuskan oleh pelbagai keadaan dari selamat kepada potensi serius. Kecuali demam yang tinggi, rawatan biasanya tidak diperlukan, bagaimanapun, ibuprofen adalah berkesan bagi menurunkan suhu badan.


Tanda-tanda Demam:
  1. Badan panas bila disentuh
  2. Pernafasan meningkat
  3. Muka menjadi merah
  4. Tidak aktif dan lemah, sentiasa mahu tidur
  5. Resah gelisah
  6. Tiada selera makan
  7. Menggigil

Penyakit ini boleh dirawat dengan menggunakan herba seperti:

Cirit-Birit/Diarea

Diarea (Indonesia.= diare; Inggeris = diarrhea) ataupun cirit-birit merupakan keadaan di mana seseorang itu hilang kawalan keupayaan membuang najis secara normal menyebabkan ia sentiasa perlu membuang najis pada setiap masa. Pembuangan najis dilihat berlaku apabila najis yang dikeluarkan dari dubur yang pada kebiasaannya dalam bentuk pepejal menjadi lembut, berair atau sangat berair. Keadaan ini sekiranya berlarutan mampu menyebabkan kekeringan air (terdehidrasi) @ dehydrated dan sekiranya berterusan mampu membahayakan pesakit juga boleh menyebabkan maut.


Simptom-simptom:
  • Kehilangan banyak air dan najis yag tidak dicerna sepenuhnya
  • Terasa kejang dibahagian perut, sakit menyengat di bahagian ulu hati (perasaan libang libu).
  • Flatulence (Kekembungan perut), kentut berpanjangan (pembuangan gas metana asli dari usus yang lebih busuk dari kebiasaan, dan kerap).
  • Apabila bahagian abdominal dipicit dan diurut, bunyi air dapat didengari dengan jelas.
  • Pembuangan najis cair dan berair berterusan, serta rasa ingin muntah atau mengalamai kemuntahan.
  • Ketidaknormalan kerap berlaku dalam penggerakan usus

Antara herba yang boleh digunakan untuk merawat penyakit ini ialah:

Saturday, 17 March 2012

Buang Toksik

Toksin dalam tubuh manusia terjadi akibat pencemaran.Antaranya ialah pencemaran makanan akibat penggunaan bahan kimia secara berleluasa seperti racun perosak, racun serangga dan baja kimia untuk aktiviti pertanian. Kesihatan menjadi lebih parah apabila manusia mengambil makanan yang mengandungi bahan pengawet, perasa tiruan, bahan tambahan dan sebagainya merupakan punca utama terjadi toksin dalam badan. Inilah sebabnya terjadi pelbagai penyakit seperti tumor, kanser, migrain dan sebagainya.
Fakta daripada pelbagai kes penyakit mendapati bahawa hampir 90% punca penyakit adalah disebabkan oleh toksin. Di dalam sistem fisiologi tubuh, apabila seseorang itu sakit, badan sedang berusaha untuk menyingkirkan sisa-sisa bunagan, mukus dan toksin yang menghalang fungsi tubuh.Toksin yang berada di dalam saluran darah akan di bawa ke pelbagai bahagian organ dan merosakkannya.

Kesan Kemudarat Toksin Kepada Tubuh 

Hakikatnya, pengambilan makanan terlalu berasid seperti daging, makanan diperhalus seperti nasi, roti, gula, manisan, makanan goreng berminyak, protein berlebihan dan lain-lain adalah faktor yang menyumbang kepada masalah kesihatan. Di samping, makanan yang mengandungi bahan kimia seperti pengawet, pewarna dan perasa tiruan, antibiotik, racun perosak dan lain-lain.
Jika badan terlalu berasid serta berlaku proses penapaian dalam usus akan meningkatkan kandungan toksin di dalam badan keta. Toksin tersebut akan diserap dan melekat dalam darah yang menyebabkan terjadinya pelbagai masalah kesihatan atau penyakit. Antara penyakit yang diakibatkan oleh tindakbalas toksin dalam darah, ialah:-

Penyakit Kulit
Penyakit kulit terjadi apabila toksin dalam darah cuba keluar melalui kulit. Pengumpulan toksin di dalam kulit akan mengakibatkan penyakit seperti jerawat, furunkel dan lain-lain.

Masalah ini boleh dirawat dengan menggunakan herba-herba seperti:





Buasir

Buasir atau hemoroid adalah pembengkakan pada vena yang terletak di bahagian rektum dan dubur. Apabila vena ini membonjol keluar ia mengganggu dan menyebabkan membran di sekitarnya membengkak, terasa sakit, perit, gatal dan berdarah. Buasir terjadi disebabkan oleh terlalu tinggi tekanan dalam darah di bahagian rektum, menyebabkan dinding vena darah teregang atau 'memberi' dan membonjol. Kadangkala ia boleh pecah, terutamanya sewaktu meneran.

Punca berlahu buasir:


  • Sentiasa duduk
  • Meneran (ketika najis keras atau sembelit)
  • Cirit-birit
  • Duduk mencangkung di dalam tandas terlalu lama
  • Batuk yang teruk
  • Bersalin
  • Mengangkat berat

Penyakit ini boleh dirawat dengan menggunakan herba-herba seperti :


Bengkak/Lebam

Bengkak/Lebam adalah pembesaran atau protuberansi pada tubuh, termasuk tumor. Bengkak merupakan salah satu dari lima ciri utama pada peradangan, bersama dengan rasa sakit, panas, warna kemerahan, dan disfungsi.
Menurut penyebabnya, bengkak dapat bersifat kongenital, traumatik, radang, neoplastik, dan lain-lain.
Penyakit ini boleh dirawat dengan menggunakan herba-herba seperti:

Batu Karang

Batu yang terdapat dalam ginjal atau lebih dikenali dengan "Buah Pinggang" terjadi dari tumbuhan kristal halus dari beberapa jenis kimia. Kimia yang paling lumrah adalah kalsium oxalat, kalsium pospat dan yang kurang dikenali ialah asid uric, cystine dan magnesiam pospat ammonia. 

Saiz batu karang ini ada yang halus seperti pasir dan boleh jadi sebesar bola golf. Kebanyakkan batu tumbuh membesar dalam ginjal, kemudian bergerak ke bawah ke dalam saluran kencing dimana ianya menjadi bertambah besar. 

Kesulitan akan timbul apabila batu-batu menjadi terlalu besar yang mengakibatkan ganguan kepada perjalanan aliran air kencing. Ini boleh membawa kepada penyakit dimana kuman-kuman akan merebak. Gangguan dan/ atau perebakan kuman itu akan mengakibatkan kerosakan ginjal, jika tidak diubati segera. 

Penyakit ini boleh dirawat dengan menggunakan herba-herba seperti :

Batuk Kering

Batuk kering atau Tuberkulosis adalah jangkitan bakterium Mycobacterium tuberculosis, yang biasanya menyerang paru-paru (TB pulmonari ) juga mampu menyerang sistem saraf tunjang (meningitis), sistem limfatiksistem peredaran atau "circulatory system" (TB miliari ), sistem genitourinaritulangsendi dan lain-lain.

Tanda-tanda Batuk Kering:
  • Lemah dan keletihan.
  • Susut berat badan.
  • Kehilangan selera.
  • Menggigil.
  • Demam.
  • Berpeluh waktu malam.

Penyakit ini boleh dirawat dengan menggunakan herba-herba seperti: 

Batuk

Batuk

Batuk adalah runtunan pengecutan rongga toraks yang berlaku secara tiba-tiba dan biasanya berulang. Ia menyebabkan udara dikeluarkan dari paru-paru dengan kuat dan menyebabkan bunti yang tersendiri. Batuk merupakan refleks biasa yang bertujuan untuk melindungi dan membersihkan lubang nafas. Membatuk membersihkan bahan material rengsa (contohnya merokok atau habuk) dan kelebihan rembasan (sputum atau kahak) dari kerongkong kita, lubang nafas (saluran pernafasan) dan paru-paru.


Penyakit ini boleh dirawat dengan menggunakan herba-herba seperti:

Awet Muda

Penjagaan makanan adalah merupakan tips utama untuk seseorang kelihatan awet muda. Ia perlu dimulakan sejak dari usia yang muda lagi. Berkemungkinan ramai yang menganggap bahawa penjagaan hanya perlu dilakukan apabila usia sudah meningkat, tetapi ia sebenarnya tidak tepat sama sekali.Pelbagai herba boleh kita gunakan untuk menjadikan kulit lebih tegang dan kelihatan muda.


Antara herba yag boleh menjadikan kita kelihatan awet muda ialah:

Asma


Penyakit Asma atau lelah merupakan penyakit immunologi yang menyebabkan kesukaran bernafas. Ini adalah kerana ketika pesakit diserang asma, keradangan dan spasma pada selaput dinding laluan udara menyebabkan bronkiol di dalam paru-paru menjadi sempit. Pesakit asma mungkin mengalami pernafasan bersiul (wheezing), sesak nafas, dan sukar untuk bersenam.
Ketika otot mengejang, saluran udara mengecil dan menghalang pernafasan. Apabila ini terjadi,paru-paru akan berkurangan udara. Akibatnya, pesakit boleh pengsan.


Gejala utama (cardinal symptom) asma adalah pernafasan bersiul atau berbunyi (wheeze), menunjukkan saluran udara tersekat. Batuk, kadang kala dengan kehadiran lendir jernih (clear sputum). Kebiasaannya ada pelbagai tanda, seringkali dengan permulaan pantas,perubahan cuaca persekitaran dan berkaitan dengan pencetus yang disenarai di atas. Gejala sering semakin teruk pada waktu malam atau ketika berjalan. Peningkatan saluran udara akan menyebabkan sesak nafas. Asma kadang kala berkait dengan masalah ketidakhadaman asid (acid indigestion), terutama dengan pesakit berusia.
Tanda-tanda asma adalah nafas bersiul, masa hembusan lebih panjang berbanding masa mengambil nafas, tisu cekung antara tulang rusuk dan bahagian atas sternum & klavikel, dada mengelembung dan pernafasan bersiul melalui stetoskop (rhonkhi). Dalam serangan asma teruk pesakit mungkin menjadi biru (cyanosed) dan boleh pengsan. Antara serangan asma pesakin mungkin tidak menunjukkan sebarang tanda.

Penyakit ini boleh dirawat dengan menggunakan herba-herba seperti: 

Aromaterapi/Pewangi

Aromaterapi telahpun diguna sejak bermulanya tamadun untuk merawat pelbagai keadaan. Terapi ini memerlukan minyak yang penting didapati daripada ekstrak bunga pokok, daun, cabang, kulit buah, kulit kayu atau akar melalui distilasi stim, ekstraksi solven dan pemerahan. Minyak ini  dipercayai menjadi tenaga kehidupan bagi sesuatu tumbuhan. Oleh itu, minyak sintetik tidak dapat diguna dalam rawatan ini kerana tiadanya tenaga kehidupan.


Aromaterapi berupaya untuk mencegah seizur pada sesetengah orang epilepsi. Dr. Tim Betts(Universiti Birmingham, England), telah melakukan kajian di mana pesakit dengan epilepsi refraktori disuruh untuk melakukan hipnosis sendiri untuk membantu relaksasi pada masa sama menerima urutan aromaterapi. Pesakit seterusnya diberitahu untuk mengambil minyak(ekstrak), sekiranya pesakit rasa serangan epilepsi berlaku. Didapati bahawa sebahagian besar pesakit bebas dari serangan seizur sepenuhnya.


Aromaterapi mungkin menolong pesakit epilepsi yang mengalami aura yang merupakan tanda bagi epilepsi akan berlaku. Penggunaan minyak ekstrak ini boleh mengelakan atau menurunkan keterukan serangan epilepsi jika diambil sebelum berlakunya serangan.Pesakit dengan epilepsi tidak seharusnya bersin kerap kali apabila minyak aromaterapi ini disedut. Ini adalah kerana, kekerapan bersin itu sendiri dapat merangsang seizur pada sesetengah pesakit.


Herba yang boleh digunakan sebagai aromaterapi ialah:





Anemia

Anemia, perkataan yang berasal daripada bahasa Greek (Ἀναιμία) yang membawa pengertian "tiada darah", merujuk kepada kekurangan sel darah merah (RBC) dan/atau hemoglobin. Ini mengurangkan keupayaan darah untuk memindahkan oksigen ke tisu-tisu, dan mengakibatkan hipoksia; oleh sebab semua sel manusia bergantung kepada oksigen untuk hidup, tingkatan-tingkatan anemia yang berbeza-beza menimbulkan pelbagai masalah. Hemoglobin (protein yang membawa oksigen di dalam sel darah merah) harus hadir untuk memastikan pengoksigenan yang mencukupi bagi semua tisu dan organ badan.
Tiga kelas anemia yang utama termasuk:
  1. kehilangan darah akut (mendadak) yang berketerlaluan (genting seperti dalam kes pendarahan akibat kecelakaan, atau kronik (melalui kehilangan darah isi padu rendah dalam jangka masa lama);
  2. pemusnahan sel darah yang berterlaluan (hemolisis); dan
  3. pengeluaran/penghasilan sel darah merah yang kurang (hematopoiesis yang tidak berkesan).

Simptom dan Tanda-tanda
Anemia sukar dikesan bagi kebanyakan orang, dan simptomnya kabur. Biasanya, perasaan lemah atau keletihan dilaporkan. Sesak nafas dilaporkan dalam kes teruk. Anemia amat teruk memerlukan tindakbalas pengimbal di mana output jantung meningkat dengan jelas, membawa kepada degupan laju (palpitation) dan berpeluh; kegagalan jantung boleh terjadi jika orang yang sudah berumur mengalaminya.
Kulit dan selaput mukosa yang pucat sahaja menjadi tanda utama bagi anemia di tahap berbahaya (severe anemia), dengan itu bukanlah merupakan tanda yang pasti.

Penyakit ini boleh dirawat dengan menggunakan herba seperti: