Saturday 25 February 2012

Peringkat Akhir Pertandingan Perpustakaan Terbaik Peringkat Negeri Johor

Taniah Diucapkan kepada Pusat Sumber SMK Parit Bunga kerana berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir pertandingan Perpustakaan Terbaik Peringkat Negeri Johor.Ucapan terima kasih diucapkan kepada semua yang telah bertukus lumus menceriakan lagi PSS.Pihak PSS berasa amat bersyukur dengan kejayaan yang telah diberikan.

Saturday 18 February 2012

Kedatangan Penilai Untuk Pertandingan Perpustakaan Terbaik

16 Februari 2012

Pada hari semalam iaitu 15 Februari 2012.Para penilai telah datang untuk menilai perpustakaan Sekolah Menengah Kebangsaan Parit Bunga.Berikut adalah gambar-gambar yang telah diambil semasa penilaian Pusat Sumber Sekolah:






Wednesday 15 February 2012

SELAMAT DATANG PARA PENILAI..

Selamat datang kepada para pemantau sekalian. Terima kasih kerana sudi datang ke Pusat Sumber SMK Parit Bunga. Ribuan terima kasih juga diucapkan kerana mengunjungi pautan laman sesawang, blog dan juga 'facebook' kami. Terima kasih.

Persiapan akhir sebelum Pertandingan Perpustakaan Terbaik

15/2/2012

Hari ini merupakan persiapan terakhir bagi pihak PSS untuk menghadapi pertandingan perpustakaan terbaik pada hari esok.Pelbagai perubahan telah dibuat supaya PSS tampak lebih menarik.Kemasan terakhir untuk data-data di PSS juga telah dilakukan.Selain itu kerja-kerja pembersihan turut dilakukan supaya PSS dalam keadaan yang bersih.Disamping itu,Cawangan-cawangan PSS yang lain juga turut diletakkan pelbagai maklumat dan info-info menarik tentang pelbagai jenis buah-buahan dan herba.Penolong kanan SMKPB juga turut serta memantau persiapan terakhir kami sebelum para penilai datang untuk menilai PSS untuk Pertandingan Perpustakaan Terbaik.Kami berharap agar semua pelajar dan guru-guru di SMKPB akan mendoakan kejayaan PSS agar menjadi perpustakaan terbaik dan seterusnya dapat mewakilkan PSS ke Pertandingan Perpustakaan Terbaik pada peringkat seterusnya.

Monday 13 February 2012

Penukaran bahan Di Sudut Pameran

13/2/2012

Setiap bulan, sudut pameran di PSS akan ditukar bagi memaparkan aaktiviti-aktiviti atau kempen-kempen yang dijalankan di sekolah.Pada bulan ini Program Nilam telah dipilih kerana kempen ini wajib dijalankan pada setiap tahun.Sudut pameran ini diwujudkan supaya para pelajar dapat mengetahui lebih lanjut tentang aktiviti-aktiviti yang dijalankan.Pelbagai bahan akan dipamerkan di sudut tersebut.




Menggantikan Sudut Berita Dunia dan Perancangan PSS

10/2/2012

Bagi menggantikan sudut berita dunia yang telah lama, pustakawan telah menggantikan sudut tersebut dengan latar belakang yang lebih menarik.Di samping itu,berita-berita yang berlaku di dalam dan luar negara yang lama telah ditukar kepada berita terkini.Tema hijau dan merah jambu telah dipilih kerana warna tersebut diambil daripada warna almari yang terletak bersebelahan dengan sudut berita dunia.




Selain itu, Sudut perancangan PSS juga telah digantikan kepada perancangan yang baru supaya lebih menarik.Perancangan PSS dibuat supaya PSS dapat meletakkan sasaran untuk menjadikan PSS lebih baik dan cemerlang.




Sunday 12 February 2012

Penambahbaikkan Carta Organisasi PSS

Selaku pengawas perpustakaan kerja-kerja penambahbaikkan carta organisasi telah dilakukan bagi menggantikan ahli-ahli jawatankuasa pada tahun lepas.Pemilihan jawatankuasa ini telah dilakukan pada 2/2/12.
AJK pelajar telah dipilih berdasarkan undian dan pengalaman dalam menguruskan perpustakaan.Taniah diucapkan kepada ahli-ahli jawatankuasa baru yang telah dilantik.

Friday 10 February 2012

Doa Menghadapi Peperiksaaan

DOA-DOA SEMASA MENGHADAPI PEPERIKSAAN

Doa agar dikurniakan kefahaman yang baik dan ingatan yang sempurna sewaktu menelaah matapelajaran:
اللَّهُمَّ ارْزُقْنَا فَهْمَ النَّبِيِّينَ وَحِفْظَ المُرْسَلِينَ وإلْهَامَ المَلاَئِكَةِ المُقَرَّبِينَ فِي عَافِيَةٍ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ
“Wahai Tuhanku, kurniakanlah kami kefahaman para Nabi dan hafazan para Rasul, serta ilham daripada para Malaikat yang hampir dengan-Mu, kurniakanlah kami kesihatan wahai Tuhan yang Maha Pengasih"



Doa sebelum masuk ke dalam kelas atau dewan peperiksaan:
َهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدا
"Ya Allah, persiapkanlah kami akan urusan kami dengan petunjuk-Mu"


Doa apabila terlupa ketika menjawab soalan:
سُبْحَانَ مَن لاَّ يَنَامُ وَلاَ يَسْهُو. اللَّهُمَّ ذَكِّرْنِي مَا نَسِيتُ
“Maha Suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lupa. Wahai Tuhanku, ingatkanlah daku apa-apa yang kulupa"



Doa memohon kejayaan cemerlang:
اللَّهُمَّ إني أسْألُكَ الفَوْزَ عِنْدَ القَضَاءِ وَمَنَازِلَ الشُهَدآءِ وَعَيْشَ السُّعَدآءِ وَالنَّصْرُ عَلَى الأعْدآءِ
“Ya Allah, kami memohon daripada-Mu kejayaan dalam setiap ketentuan, tempat para syuhada’, dan kehidupan mereka yang bahagia serta kemenangan ke atas musuh.”

Thursday 2 February 2012

Kedatangan Pemantau Untuk Membantu PSS Memperbaiki Kekurangan

2/2/2012

Pada hari ini pemantau datang untuk memberi cadangan dan panduan untuk memperbaiki kekurangan yang ada di PSS.Pelbagai komen telah diberikan bagi membantu pihak PSS memperbaiki kekurangan yang ada seperti penambahbaikkan papan kenyataan,analisis graph,maklumat tentang PSS dan sebagainya.Langkah-langkah bagi menambahbaik PSS telah dilakukan supaya PSS dalam keadaan yang ceria dan mempunyai pelbagai maklumat yang diperlukan.