Saturday 21 April 2012

Majlis Jalinan Mesra Ibu Bapa / Penjaga Akujaya Cemerlang 2012

Majlis Jalinan Mesra Ibu Bapa / Penjaga Akujaya Cemerlang 2012 telah diadakan di Pusat Sumber Sekolah pada 6 April 2012. Majlis ini berlangsung pada hari Jumaat pada pukul 2.30 petang. Majlis ini merupakan anjuran daripada Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Parit Bunga, Ledang ,Johor.

Pengenalan tentang Program Akujaya Cemerlang :
 Pencapaian cemerlang pelajar dalam peperiksaan terutama dalam peperiksaan PMR,SPM dan STPM tahun         
  2012 adalah matlamat bagi setiap sekolah. Pihak sekolah telah mengenalpasti pelajar-pelajar yang berpotensi cemerlang dalam peperiksaan umum yang akan datang. Namun usaha pihak sekolah tidak memadai tanpa sokongan serta pemantauan ibu bapa dan penjaga pelajar di rumah. Oleh itu, semua pihak perlu memberikan kerjasama yang padu dala memastikan kejayaan yang diingini akan tercapai dengan jayanya.Oleh itu program ini diwujudkan bagi merealisasikan matlamat bagi pihak sekolah,pelajar mahupun ibubapa.


Pendaftaran Ibu Bapa di Kaunter PSS sempena program Aku Jaya

Seorang penjaga pelajar berada di koridor PSS sebelum program Aku Jaya diadakan


























MTQ Dan Festival Nasyid Daerah Muar

Pada 29 March 2012 Majlis Tilawah Al-Quran Dan Festival Nasyid peringkat daerah muar telah diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Parit Bunga.Pelbagai pertandingan telah dijalankan seperti Pertandingan Syarahan,Hafazan,Berzanji,Tulisan Khad,Tilawah Quran dan sebagainya. Pusat Sumber Sekolah telah menjadi tempat Pertandingan Hafazan bagi pelajar lelaki dalam majlis ini. Taniah diucapkan kepada para peserta yang berjaya dalam pertandingan ini.



Pelancaran Program Nilam 2012

Pelancaran Nilam pada tahun 2012 telah berlangsung dengan jayanya. Program Nilam ini diadakan bagi menggalakkan para pelajar untuk membaca buku dengan lebih banyak bagi meningkatkan pengetahuan mereka.




Ucapan daripada Guru Penasihat Nilam


Ucapan Pengetua SMK Parit Bunga




Pengetua melancarkan paparan tentang Program Nilam pada LCD sebagai simbolik pelancaran




Persembahan dari Para Pelajar