Saturday 21 April 2012

Majlis Jalinan Mesra Ibu Bapa / Penjaga Akujaya Cemerlang 2012

Majlis Jalinan Mesra Ibu Bapa / Penjaga Akujaya Cemerlang 2012 telah diadakan di Pusat Sumber Sekolah pada 6 April 2012. Majlis ini berlangsung pada hari Jumaat pada pukul 2.30 petang. Majlis ini merupakan anjuran daripada Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Parit Bunga, Ledang ,Johor.

Pengenalan tentang Program Akujaya Cemerlang :
 Pencapaian cemerlang pelajar dalam peperiksaan terutama dalam peperiksaan PMR,SPM dan STPM tahun         
  2012 adalah matlamat bagi setiap sekolah. Pihak sekolah telah mengenalpasti pelajar-pelajar yang berpotensi cemerlang dalam peperiksaan umum yang akan datang. Namun usaha pihak sekolah tidak memadai tanpa sokongan serta pemantauan ibu bapa dan penjaga pelajar di rumah. Oleh itu, semua pihak perlu memberikan kerjasama yang padu dala memastikan kejayaan yang diingini akan tercapai dengan jayanya.Oleh itu program ini diwujudkan bagi merealisasikan matlamat bagi pihak sekolah,pelajar mahupun ibubapa.


Pendaftaran Ibu Bapa di Kaunter PSS sempena program Aku Jaya

Seorang penjaga pelajar berada di koridor PSS sebelum program Aku Jaya diadakan


























No comments:

Post a Comment