Sunday 6 March 2011

Batuk

Batuk adalah runtunan pengecutan rongga toraks yang berlaku secara tiba-tiba dan biasanya berulang. Ia menyebabkan udara dikeluarkan dari paru-paru dengan kuat dan menyebabkan bunti yang tersendiri. Batuk merupakan refleks biasa yang bertujuan untuk melindungi dan membersihkan lubang nafas. Membatuk membersihkan bahan material rengsa (contohnya merokok atau habuk) dan kelebihan rembasan (sputum atau kahak) dari kerongkong kita, lubang nafas (saluran pernafasan) dan paru-paru.


Penyakit ini boleh dirawat dengan menggunakan herba-herba seperti:

Oregano

Oregano

Nama Tempatan:Oregano
Nama Saintifik:Origanum Vulgare
Nama Lain:Greek oregano,wild marjoram.
Famili:Labiatae/Lamiaceae
Lokasi dijumpai:Ditanam sebagai rempah
Asal:

keterangan:

Pokok oregano yang dijadikan rempah sebenarnya ada dua jenis iaitu origanum dictamnus dan origanum vulgare (disebut Vul-Gay). Daun kering yang biasa di jual di pasaraya sebagai rempah dan biasa dijumpai ialah origanum dictamnus(dipanggil juga dittany atau dictamnus)Oregano yang akan dibincangkan di sini ialah origanum vulgare.Pokok oregano mempunyai bau yang menusuk hidung. Pokok ini boleh mencapai ketinggian hingga 7 kaki.Nama oregano berasal dari perkataan greek yang bermaksud "joy of the mountain".Oregano banyak digunakan dalam masakan Itali seperti pizza dan masakan lain yang menggunakan sos tomato kerana baunya yang kuat dan berbau pedas.berada dalam famili yang sama dengan daun pudina, herba ini banyak digunakan untuk memberikan aroma dan rasa kepada ikan dan daging.Oregano juga lebih dikenali sebagai herba pizza.Daunnya agak tebal dan agak berbulu.Tumbuhan ini mudah membiak melalui keratan batang.Ia memerlukan sekurang-kurangnya 6 jam pendedahan terhadapa cahaya matahari setiap hari untuk tumbuh subur dan sihat.Daunnya mempunyai minyak pati yang dipanggil minyak oregano.Daunnya sedap dijadikan rempah atau dimakan sebagai ulam seperti daun basil juga.

kegunaan:

Perubatan greek purba telah lama menggunakan oregano sebagai penawar untuk penyakit seperti masalah pencernaan ,sakit kepala, batuk dan menghilangkan bengkak dan lebam.Daunnya yang beraroma juga boleh menambahkan selera makan.Ia juga banyak digunakan untuk menghilangkan sakit tekak dan sakit kerongkong.Untuk sakit tekak dan kerongkong daun oregano yang segar atau kering boleh dijadikan teh dan diminum.Untuk masalah pencernaan dan sakit perut daun oregano diparut bersama ibu kunyit, dicampur dengan asam jawa dan gula melaka dan diminum. Amalan makan daun oregano sebagai ulam juga dapat mencantikkan kulit dan melancarkan pengaliran darah