Sejarah PSS

Sejarah Pusat Sumber Sekolah
Pada tahun 1973, Bilik Perpustakaan terletak di Blok A (kini Bilik PSV Menengah Rendah). Semasa Tuan  Pengetua Tn. Hj. Seniwal bin Harun  berkhidmat di sekolah ini dari tahun 1984 - 1990, beliau telah mengarahkan Bilik Perpustakaan pindah ke Blok B ( kini Bilik Formula One) . Pada tahun 1992, Tn. Hj .Mokhy Bin Saidon telah mengarahkan Bilik Perpustakaan berpindah semula ke Blok A.
     
     Pada tahun 1998, semasa perkhidmatan Puan Pengetua,  Pn. Milan Tai Abdullah,  bilik Pusat Sumber Sekolah (PSS)  ini  telah diubahsuai.  Wujud keselesaan dan keceriaan yang  menjadi daya tarikan utama kepada  pelajar, guru dan staf sokongan. Dari tahun 1998 -  2000,  pengawas PSS dan guru PSS telah memasukkan data buku-buku ke dalam Sistem Pengautomasian Pusat Sumber Sekolah (SPPSS). Mulai tahun 2000, pengurusan PSS telah melaksanakan 100% sistem pengautomasian melalui komputer.
    
       Program Nilam telah dilaksanakan pada tahun 1999.  Pihak  PSS telah memainkan peranan untuk meningkatkan minat membaca dalam kalangan warga sekolah ini dan seterusnya menggalakkan warga sekolah ini meminjam bahan bacaan  di PSS. Maka mulai tahun 2001 satu majlis Anugerah Peminjam Terbanyak Kategori Pelajar dan Guru dilaksanakan sempena Hari Q sekolah ini.  Pada bulan Mac 2004, Bilik PSS telah dipindahkan ke Blok D. 

Sejarah Kejayaan PSS Cemerlang

Tahun
Kejayaan
Peringkat
2001
Johan
Daerah Muar
2001
Tempat Ke-3
Negeri Johor
2002
Johan
Daerah Muar
2005
Johan
Daerah Muar
2005
Johan
Negeri Johor
2006
Naib Johan
Kebangsaan
2007
Naib Johan KMK PSS
Daerah Muar
2009
Johan
Daerah Muar
2009
Naib Johan
Negeri Johor
2010
Johan
Daerah Muar
2010
Naib Johan
Negeri Johor
2011
Johan
Daerah Muar/Ledang
2011
Johan
Negeri Johor
2011
Johan Keseluruhan
Negeri Johor