Wednesday 15 February 2012

SELAMAT DATANG PARA PENILAI..

Selamat datang kepada para pemantau sekalian. Terima kasih kerana sudi datang ke Pusat Sumber SMK Parit Bunga. Ribuan terima kasih juga diucapkan kerana mengunjungi pautan laman sesawang, blog dan juga 'facebook' kami. Terima kasih.

Persiapan akhir sebelum Pertandingan Perpustakaan Terbaik

15/2/2012

Hari ini merupakan persiapan terakhir bagi pihak PSS untuk menghadapi pertandingan perpustakaan terbaik pada hari esok.Pelbagai perubahan telah dibuat supaya PSS tampak lebih menarik.Kemasan terakhir untuk data-data di PSS juga telah dilakukan.Selain itu kerja-kerja pembersihan turut dilakukan supaya PSS dalam keadaan yang bersih.Disamping itu,Cawangan-cawangan PSS yang lain juga turut diletakkan pelbagai maklumat dan info-info menarik tentang pelbagai jenis buah-buahan dan herba.Penolong kanan SMKPB juga turut serta memantau persiapan terakhir kami sebelum para penilai datang untuk menilai PSS untuk Pertandingan Perpustakaan Terbaik.Kami berharap agar semua pelajar dan guru-guru di SMKPB akan mendoakan kejayaan PSS agar menjadi perpustakaan terbaik dan seterusnya dapat mewakilkan PSS ke Pertandingan Perpustakaan Terbaik pada peringkat seterusnya.