Wednesday 15 February 2012

Persiapan akhir sebelum Pertandingan Perpustakaan Terbaik

15/2/2012

Hari ini merupakan persiapan terakhir bagi pihak PSS untuk menghadapi pertandingan perpustakaan terbaik pada hari esok.Pelbagai perubahan telah dibuat supaya PSS tampak lebih menarik.Kemasan terakhir untuk data-data di PSS juga telah dilakukan.Selain itu kerja-kerja pembersihan turut dilakukan supaya PSS dalam keadaan yang bersih.Disamping itu,Cawangan-cawangan PSS yang lain juga turut diletakkan pelbagai maklumat dan info-info menarik tentang pelbagai jenis buah-buahan dan herba.Penolong kanan SMKPB juga turut serta memantau persiapan terakhir kami sebelum para penilai datang untuk menilai PSS untuk Pertandingan Perpustakaan Terbaik.Kami berharap agar semua pelajar dan guru-guru di SMKPB akan mendoakan kejayaan PSS agar menjadi perpustakaan terbaik dan seterusnya dapat mewakilkan PSS ke Pertandingan Perpustakaan Terbaik pada peringkat seterusnya.

No comments:

Post a Comment