Thursday, 15 March 2012

Setawar

Setawar

Nama Tempatan:Setawar
Nama Saintifik:kalanchoe pinnata
Nama Lain:air plant,jijik,coirama, coirama-blanca, setawar bisa, mother of thousands,Patragaja(india)
Famili:Crassulaceae
Lokasi dijumpai:Tumbuhan hiasan
Asal:

keterangan:

tumbuhan ini adalah tumbuhan yang agak unik kerana akarnya boleh tumbuh tanpa medium lain kecuali udara.Daunnya selalu dijadikan mainan oleh kanak-kanak.Daunnya tebal dan berair.Tumbuhan ini membiak dengan begitu cepat sekali dan disesetengah tempat ia tersenarai sebagai rumpai perosak.Di Malaysia setawar banyak ditanam sebagai tanaman hiasan kerana struktur daunnya yag cantik.Cara pembiakannya begitu mudah sekali iaitu melalui daunnya. Ia juga boleh membiak melalui biji benih dan keratan batang. Bunganya kecil berwarna kuning kehijauan. Tumbuhan ini menyukai tempat yang agak lembap dan redup.

kegunaan:

Dalam perubatan tradisional melayu setawar digunakan untuk menyejukkan badan terutamanya ketika di serang demam panas. Daunnya yang tebal itu diramas dan dipatahkan dalam air dan air digunakan untuk menjarang atau membasahkan kepala pesakit.Namun ramai yang tidak sedar akan khasiat lain tumbuhan ini. Ia terbukti secara saintifik dapat membantu mencegah kanser.Selain itu ia juga mempunyai ciri-ciri anti bakteria , dapat mengelakkan dan mencegah keradangan terutamanya pada kulit.daunnya yang dikisar menjadi jus boleh digunakan untuk merawat senak perut.Untuk mengubat cirit birit pula dua atau tiga helai daunnya dikisar menjadi jus yang pekat, tidak perlu ditambah air , jus ini diambil 3 kali sehari dengan sukatan 3 sudu teh setiap kali.Untuk kembung perut pula, 2 helai daunnya dikisar bersama seinci kunyit dan disapukan pada perut satu atau 2 kali sehari.

Lengkuas

Lengkuas

Nama Tempatan:Lengkuas
Nama Saintifik:Alpinia Galanga stuntz
Nama Lain:Greater Galangal, laos,laja
Famili:Zingiberaceae
Lokasi dijumpai:Tanaman rempah
Asal:

keterangan:

Lengkuas merupakan tanaman rempah yang biasa ditemui ditanam di sekitar rumah. Ia merupakan tumbuhan yang berizom dan berumpun.Ia boleh mencaai ketinggian hingga 2.5 metet.Lengkuas boleh tumbuhan di kawasan dataran rendah hingga ke kawasan tanah tinggi sekitar 1200 meter dari paras laut.Ia membiak melalui rizomnya. terdapat dua jenis lengkuas, lengkuas yang biasa digunakan dalam masakan selalunya berwarna putih manakala lengkuas untuk ubat mempunyai rizom berwarna merah yang lebih besar.Lengkuas memerlukan tanah yang bersaliran baik dan agak gembur untuk membantu pertumbuhan rizomnya.

kegunaan:

Lengkuas mempunyai khasiat untuk menambahkan selera makan,membersihkan darah, mencairkan kahak, merangsang otot dan mempunyai ciri-ciri afrodisiak. Kerana itu ia banyak dijadikan sebagai salah satu bahan dan jamu dan ubat untuk menguatkan tenaga.
lengkuas juga dapat digunakan untuk merawat penyakit limpa bengkak dengan cara merebus 2 lengkuas sebesar ibu jari, 3 temu lawak sebesar ibu jari, dan segenggam daun dukung anak(segar atau kering) dan 3 cawan air hingga mendidih.Air ini kemudiannya diminum 2 kali sehari,pagi dan malam.
kerana lengkuas juga mampu mencairkan kahak ia juga boleh digunakan untuk merawat bronkitis.Caranya: 2 ketul lengkuas,2 ketul temu lawak dan 2 ketul halia sebesar ibu jari direbus bersama daun kayu manis dan 3 cawan air untuk diminum pagi dan malam.

Tenggek Burung

Tenggek Burung

Nama Tempatan:Tenggek Burung
Nama Saintifik:Euodia redlevi
Nama Lain:
Famili:Rutaceae
Lokasi dijumpai:Tumbuhan liar
Asal:

keterangan:

Tenggek burung merupakan sejenis ulam yang biasa dimakan oleh masyarakat melayu. Daunnya mempunyai rasa yang agak kelat dan ianya rangup.

kegunaan:

Digunakan dalam perubatan tradisional untuk merawat darah tinggi. Ia boleh dimakan sebagai ulam dengan sambal belacan. Untuk merawat darah tinggi 5-7 helai daunnya boleh dimakan sebagai ulam setiap hari.Ia juga boleh melambatkan pengeluaran mani selain dapat menyegarkan badan

Selom

Selom


Nama Tempatan:Selom
Nama Saintifik:Oenanthe javanica(Blume)
Nama Lain:Java dropwort,seri, silom, water parsley,water celery,pampung, shui qin
Famili:Umbeliferae
Lokasi dijumpai:tumbuhan liar/ulam
Asal:tumbuhan tempatan

keterangan:

Selom biasa dimakan sebagai ulam kerana baunya yang wangi dan kerangupannya. Ia biasa dijumpai tumbuh liar di kawasan yang agak berair terutamanya di kawasan lereng bukit yang berpaya

kegunaan:

Berfungsi untuk membersihkan darah dengan mencuci toksik didalam badan

Ulam Raja

Ulam raja

Nama Tempatan:Ulam raja
Nama Saintifik:Cosmos caudatus
Nama Lain:King salad, intan berayun
Famili:
Lokasi dijumpai:Seluruh negara asean
Asal:

keterangan:

ulam raja (king salad) sebenarnya adalah tergolong dalam jenis cosmos yang biasa ditanam sebagai pokok hiasan kerana bunganya yang cantik dan berwarna warni. Namun yang selalu dijadikan ulam selalunya mempunyai bunga yag kecil dan berwarna agak pucat(merah jambu pucat) atau putih.Ia juga dikenali sebagai bokok intan berayun. biasanya ia boleh tumbuh hingga mencapai 2 meter tingginya dan ketinggian yang paling sesuai untuk pertumbuhannya ialah pada 200 meter dari aras laut. Ia membiak melalui biji benih yang dihasilkan selepas bunganya matang.Tumbuhan ini berasal dari Amerika latin tetapi boleh didapati tumbuh secara liar disemua negara asean. ia mengandungi 0.3 peratus protein, 0.4 peratus lemak dan karbohidrat, ia juga kaya dengan laksium dan vitamin A.

kegunaan:

Ulam raja digunakan dalam perubatan tradisional kerana khasiatnya yang dikatakan dapat mencuci darah dari bahan toksid dan juga dapat menguatkan tulang. klorofom yang diekstrak dari daun ulam raja mengandungi costunolide, stigmasterol, lutein dan bipyridine yang dikatakan dapat merencatkan aktiviti sesetengah bakteria dan fungus seperti candida albicans dan Bacillus subtilis dan juga E.choli.

Kaduk

Kaduk

Nama Tempatan:Kaduk
Nama Saintifik:piper sarmentosum roxb
Nama Lain:Sirih duduk
Famili:piperaceae
Lokasi dijumpai:Dikawasan yang agak lembab
Asal:

keterangan:

kaduk ilaah sejenis tanaman yang banyak digunakan sebagai perisa dalam masakan melayu seperti masak lemak terutamanya masak lemak udang dan ketam.Kaduk sedak dijadikan ulam jika direbus dan dicecah dengan sambal belacan.Ia mudah ditanam dan hidup subur terutamanya di kawasan-kawasan yang lembap dan hidup liar. Daun kaduk lembut berbentuk bujur bulat, nipis, berwarna hijau tua, berkilat dan berselang-seli manakal bunganya banyak, padat, sangat kecil dan tersusun rapat.Ia adalah tumbuhan jenis memanjat yang sesuai hidup dikawasan beriklim panas seperti tropika.Kaduk hidup meliar terutama di kawasan teduh, lembap atau di bawah sudur pokok lain manakala penanamannya menggunakan kaedah keratan batang.

kegunaan:

Air yang direbus dengan akar pokok kaduk dapat melawaskan kencing. Daunnya pula mujarab untuk merawat demam malaria dengan cara meminum air rebusannya. Air rebusan itu juga berkhasiat bagi melegakan batuk-batuk, selesema, sakit pinggang, sakit gigi dan sengal-sengal tulang.Daunnya yang ditumbuk pula boleh dijadikan ubat panau dengan cara menambal pada bahagian panau itu.

Delima

Delima

Nama Tempatan:Delima
Nama Saintifik:Punica granatum
Nama Lain:pomegranate,Rumman,rumien, rimmon
Famili:Lythraceae
Lokasi dijumpai:
Asal:Iran , Himalaya, Utara india

keterangan:

Delima merupakan sejenis buah-buahan yang berasal dari Iran, Himalaya. Ia telah lama ditanam di kawasan medditerranean sebagai antara buah-buahan utama.Ia kemudiannya tersebar dan ditanam di kawasan-kawasan lain seperti Algeria, azerbaijan, Turki dan sesetengah kawasan yang kering di Asia tenggara seperti Semenanjung Malaysia.Kini Delima juga ditanama di Amerika syarikat terutamanya di Kawasan seperti California dan Arizona untuk dijadikan jus.Dalam industri makanan delima dikategorikan dalam kumpulan buah eksotik dan antara sumber makanan yang mempunyai banyak khasiat.

Pentingnya delima sebagai sumber makanan terbukti apabila delima di sebut di dalam Kitab Suci Al-Quran sebanyak 3 kali.Pada Zaman nabi Musa delima di tanama di Syria, Palestin dan Lubnan.

daun delima berukuran antara 3-7 cm panjang dan 1.3 cm lebar. Daunnya mempunyai permukaan yang berkilat dan berbentuk oblong. Bunga delima berwarna merah terang, ada sesetengah varieti yang mempunyai bunga oren terang terutamanya sepesies delima katik atau kerdil( dwarft pomergranate) atau nama saintifiknya punica granatum nana.Delima katik amat sesuai dijadikan tumbuhan hiasan dalam pasu dan juga bonsai.

Dalam bahasa inggeris delima di panggil pomegranate yang berasal dari perkataan lain iaitu POMUM yang bermakasud epal dan GRANATUS yang bermaksud biji. Sesuai dengan namanya buah delima mempunyai warna yang hampir menyerupai warna epal dengan bahagian dalam buahnya yang penuh dengan biji.

lihat pautan ini untuk mendapat maklumat lebih lanjut tentanghttp://en.wikipedia.org/wiki/Pomegranate

kegunaan:

Delima yang kaya dengan Sodium ,riboflavin, thiamin, niacin, vitamin c, kalsium dan fosforus. Antara khasiat delima ialah ia merupakan tonik yang sangat baik untuk jantung. Ia juga membantu mengurangkan sakit jantung. Ia merupakan antara penawar yang baik untuk membantu masalah keradangan perut.Ia membantu melegakan cirit birit dan disentri. Ia juga membantu mengurangkan tekanan darah tinggi. Pesakit anaemia atau kurang darah juga mendapat manafaat daripada buah delima. Delima yang dimabil bersama madu merupakan penawar homopati yang berkesan untuk menangani masalah darah gemuruh dan panik.Amalan makan buah delima juga merupakan amalan yang baik untuk mengekalkan kesihatan dan fungsi mata.

selain daripada buahnya bunga delima juga digunakan untuk merawat penyakit. Selain daripada itu bunganya yang berwarna merah terang itu juga merupakan sumber untuk pewarna semulajadi.

Buah delima boleh dimakan begitu sahaja atau dijadikan jus. Selain daripada itu ia juga banyak digunakan dalam masakan seperti dijadikan sup. Ia juga digunakan sebagai pengganti tomato di dalam masakan terutamanya bagi masyarakat timur tengah.Bji yang diasingkan dari isinya dan kemudiannya dikeringkan dijadikan bahan untuk menambahkan rasa masam pada chutni dan kari.Di turki sos delima juga jadikan sos untuk salad dan juga untuk memerap daging sebelum dimasak

Mengkudu

Mengkudu

Nama Tempatan:Mengkudu
Nama Saintifik:Morinda citrifolia
Nama Lain:Noni, mengkudu besar, queen of morinda, morinda,nthau,Indian mulbery, Ba Ji tian, hog apple,wild pine,menkoedoe,Ruibardo Caribe
Famili:Rubiaceae
Lokasi dijumpai:Tumbuhan Liar
Asal:

keterangan:

Mengkudu atau lebih dikenali sebagai noni merupakan sejenis tumbuhan yang biasa di jumpai dikawasan tropika. Mengkudu, secara amnya boleh dikategorikan kepada dua jenis yang biasa dilihat iaitu mengkudu kecil dan mengkudu besar. Ia juga boleh dikategorikan kepada berbiji dan tidak berbiji namun yang tidak berbiji agak sukar ditemui.Di barat mengkudu dipanggil queen of morinda, ia juga di panggil cheese fruit kerana baunya yang menyerupai bau keju setelah masak. Ada yang mengatakan bau buah mengkudu masak menyerupai bau muntah.Mengkudu termasuk dalam golongan pokok saka dan boleh mencapai ketinggian antara 15-20 kaki.Kayunya mudah dibelah setelah kering dan biasa dijadikan kayu api atau bahan bakar.Daunnya besar berukuran 15-50 x 5-17 cm dan berbentuk tunggal.Pucuk mudanya biasa dijadikan sayuran atau ulaman.Ia kaya dengan vitamin A.Bunganya pula kecil-kecil berwarna putih dan berbau agak wangi. Bunganya mempunyai dua jantina iaitu jantan dan betina.Buahnya bulat sebesar telur ayam, permukaannya agak berkerutu. Ketika muda buahnya berwarna hijau dan akan bertukar menjadi kuning apabila masak. Mengkudu membiak melalui keratan batang dan biji benih. Bijinya berwarna hitam dan boleh bertahan selama 6 bulan.Ia akan bercambah setelah 3-9 minggu disemai.Ia akan mula mengeluarkan buah setelah lebih kurang 3 tahun ditanam dan akan mengeluarkan buah sepanjang tahun selama lebih dari 25 tahun.Noni mula di komersialkan di Hawaii pada tahun 1993 setelah para saintis membuat kajian mengenai khasiat perubatannya.

kegunaan:

Mengkudu mula digunakan sebagai ubatan dikepulauan pasifik selatan, kemudian di China dan India.Mengkudu digunakan dalam perang dunia kedua oleh tentera yang berada di kepulauan Polenisia untuk mengelakkan keletihan dan menguatkan badan.Dikepulauan carribean mengkudu dikenali sebagai 'pain killer tree' dan ia digunakan untuk meredakan kesakitan akibat demam, bengkak dan terseliuh. di Myanmar pula, buah yang masih mudah dijadikan gulai manakala yang telah masak dimakan bersama garam.Di malaysia mengkudu biasanya dijadikan penawar untuk gangguan semasa kencing 9kencing tidak lawas), senggugut dan pendarahan. Daun mengkudu juga biasa dijadikan campuran mandian untuk perempuan selepas bersalin untuk memulihkan kecergasan badan. Daunnya biasa dijadikan alas batu tungku, dikatakan dapat membantu mengeluarkan darah nifas selepas bersalin.Kajian yang dilakukan oleh seorang ahli botani yang terkenal iaitu Dr Isabella abbof mendapati mengkudu mempunyai khasiat untuk mencegah diabetes dan penyakit barah serta tekanan darah tinggi.Sementara itu seorang ahli kimia , Dr. Joseph Bafz pula mendapati mengkudu dapat mencegah dan melegakan asma, hay fever dan rheumatis. Pengambilan jus mengkudu juga boleh mencegah penyakit yang disebabkan oleh kekurangan hormon seperti nyanyuk dan juga melambatkan proses penuaan.Cara penggunaan asa buah mengkudu ialah dengan cara mengisar buahnya menjadi jus (untuk di minum) untuk kegunaan luaran pula, buahnya akan disapu pada bahagian yang terlibat.60 % dari kandungan jus mengkudu terdiri dari air menyebabkan ia selamat diminum pada bila-bila masa.Walaupun begitu, mengkudu akan merendahkan kandungan glukosa dalam dara, untuk pesakit diabetes yang mengambil insulin, kandungan glukosa dalam darah perlu dipantau selalu kerana jika kandungan gula dalam darah terlalu rendah ia akan mengakibatkan hipoglisomia yang akan menyebabkan pesakit berada dalam keadaan khayal yang memerbahayakan.

Mas Cotek

Mas cotek

Nama Tempatan:Mas cotek
Nama Saintifik:Ficus deltoidea
Nama Lain:secotek mas
Famili:
Lokasi dijumpai:
Asal:

keterangan:

Mas cotek atau nama saintifiknya ficus deltoidea dari famili moraceae adalah sejenis tumbuhan yang menumpang diatas pokok lain(epifit). tapi ia juga boleh hidup diatas tanah seperti tumbuhan lain juga.Ia juga dikenali dengan nama telinga beruk, mas secotek dan serapat angin.Pokok ni ada pokok jantan dan pokok betinanya.Jantina pokok ini dibezakan oleh saiz daunnya, daun yang lebih besar menunjukkan pokok betina.selalunya ia tumbuh pada ketinggian lebih kurang 20 kaki dari permukaan bumi(atas pokok lain).

kegunaan:

untuk perubatan pokok ini berkesan untuk menyembuh dan membetulkan kerosakan urat saraf dengan cara mengeringkan 2-3 helai daunnya (cmpuran antara pokok jantan dan betina) dan direbus dengan 3 cawan air hingga tinggal secawan. minum airnya bila suam.ia juga boleh digunakan untuk mengembalikan rahim kekedudukan asal dan mengecutkan rahim untuk perempuan baru lepas bersalin. Ia juga boleh digunakan untuk mengubat paru-paru berair.selain dari daun dan akarnya yang direbus, buahnya juga boleh dimakan untuk menyhatkan badan sebanyak 3-5 biji sehari

Kunyit

Kunyit

Nama Tempatan:Kunyit
Nama Saintifik:Curcuma longa /curcuma domestica
Nama Lain:Kurkum(arab),jiang huang, yu jin(china),Indian Saffron,curcuma,kunir(indonesia),kondin, temu kuning,ukon,goeratji,Temu kunyit,tius.
Famili:Zingerberaceae
Lokasi dijumpai:Ditanam sebagai rempah
Asal:

keterangan:

Kunyit ialah sejenis tumbuhan herba yang memainkan peranan penting dalam masakan masyarakat Asia.Ia sejenis tumbuhan berumpun dengan daun selari yang lebar dan membiak melalui pecahan rizom. Kunyi menyukai tempat lembab dan mendapat sinaran matahari yang mencukupi. Isi kunyit selalunya terdiri dari ibu kunyit yang dikelilingi oleh cabang-cabang.Ibu kunyit dikatakan mempunyai khasiat perubatan yang tinggi.Rizom kunyit berwarna coklat diluar dan berwarna oren terang didalamnya. Ia mempunyai bau yang wangi dan menusuk hidung.

kegunaan:

Kunyit mempunyai sifat anti-radang,antioksida,anti kanser, pelindung hati. Kandungan kimia kunyit terdiri daripada minyak atsiri, sikloiserin, mirsen, metil farbinol, d.kamper, dan kurkurminminyak atsiri, sikloiserin, mirsen, metil farbinol, d.kamper, dan kurkurmin.Dalam perubatan tradisional melayu kunyit digunakan untuk mengubat tekanan darah tinggi,demam kuning,cirit-birit,meningkatkan selera makan,mengubat sakit perut, sembelit, kening berdarah,radang ginjal dan menyegarkan badan.Cara penggunakan untuk penyakit diatas ialah dengan cara menumbuk kunyit hingga halus,campurkan air dan tapis hampasnya dan diminum sekali sehari selepas makan.Kunyit juga banyak digunakan sebagai bahan ubatan dalam kosmetik keluaran tempatan.Menurut perubatan cina kunyit dapat meningkatkan pengaliran qi dan melancarkan perjalanan darah. 

Serai

Serai

Nama Tempatan:Serai
Nama Saintifik:Cymbopogon citratus
Nama Lain:Serai makan, lemon grass, takrai, sereh makan
Famili:Graminae
Lokasi dijumpai:Tanaman kebun
Asal:Sri Lanka

keterangan:

Di Malaysia serai merupakan tanaman yang paling mudah dijumpai di tanam dihalaman rumah kerana pelbagai kegunaannya dalam masakan melayu dan indonesia.Ia merupakan sejenis tanaman dari keluarga rumput yang mempunyai aroma yang kuat dan wangi.Serai tumbuh dalam sat rumpun yang lebat. Ia membiak dengan pecahan rizom dengan kadar pertumbuhan yang cepat.Serai mempunyai batang berwarna putih. sesetengah variasi mempunyai batang yang berwarna putih keunguan atau kemerahan.Daunnya berbentuk tirus dengan panjangnya lebih kurang 50 hingga 100 cm dan lebarnya lebih kurang 2 cm.Walaupun serai boleh mengeluarkan bunga namun di malaysia ia sangat jarang dijumpai mengeluarkan bunga.

kegunaan:

Serai banyak digunakan dalam masakan melayu , indonesia dan thailand. antara masakan yang menggunakan serai ialah tomyam, rendang dan kerabu. selain daripada itu serai juga digunakan dalam rawatan aromaterapi. minyak pati yang diekstrak dari serai juga digunakan sebagai pewangi untuk kosmetik ,syampu dan sabun.Serai mengandungi kandungan sitral sebanyak lebih kurang 65 hingga 85 % . antara sebatian lain yang terdapat dalam serai ialah linalol,geraniol,sitronelal,sitronenol,farnesol,farnesal, limonena dan nerol.

Selasih

Selasih

Nama Tempatan:Selasih
Nama Saintifik:Ocimum Sanctum
Nama Lain:Kemangi, holy basil, sweet basil, thulasi
Famili:
Lokasi dijumpai:
Asal:

keterangan:

Mempunyai nilai perubatan yang begitu tinggi bagi kaedah perubatan ayurveda yang berasal dari India. Ia dikenali sebagai herba penyembuhan bagi pengamal kaedah perubatan ini.Daun selasih juga enak dijadikan ulam selain dari mempunya nilai perubatan yang tinggi. Cara pembiakannya adalah melalui keratan batang dan biji benih.

kegunaan:

Kegunaan perubatan:
1. merawat demam. Dipercayai boleh meningkatkan daya ketahanan badan terhadap penyakit.
2. Meredakan muntah-muntah dan loya.
3. Mengubat kecacingan.
4. Boleh digunakan sebagai antiseptic.
5. Digunakan juga sebagai analgesic(ubat tahan sakit).
6. Menolong untuk memperkuatkan hati.
7. mengurangkan ketegangan(stress) dan tekanan.
8. Sebagai ubat batuk.
9. sebagai herba pencuci darah.
10. Boleh digunakan untuk melegakan penyakit kurap(ringworm) dan boleh di tampal pada luka(setelah dihancurkan) untuk melegakan luka.

Misai Kucing

Misai kucing

Nama Tempatan:Misai kucing
Nama Saintifik:Orthosiphon aristatus /stamineus benth
Nama Lain:Kumis kucing, cat whisker, kabling gubat, rumujung,Lamiaceae
Famili:Lamiaceae
Lokasi dijumpai:
Asal:

keterangan:

Tumbuhan dari klasifiksi liar ini mula banyak ditanam dan popular sebagai tumbuhan taman kerana bunganya yang cantik.tumbuhan ini mudah membiak melalui keratan batang dan memerlukan medium yang agak lembab untuk hidup dengan subur. Misai kucing ialah heba bukan semusim dan ia boleh hidup lama.Ia kaya dengan kalium. Tumbuhan ini mula menarik perhatian para pengkaji antarabangsa apabila ia mula diperkenalkan sebagai teh dieropah pada awal kurun ke20.

kegunaan:

Bahagian yang digunakan ialah Keseluruhan pokok kecuali akarnya Kandungan kimia: cirsimaritin, myoinositol, orthosiphon, pillion, rhamnasin, bmlt oioioldsalvigenin, kerotin, kerotinoid, minyak pati, flavanoid, glukosid, glikoprotein, saponin dan terpenoid.Misai kucing telah terkenal sejak turun temurun kerana dapat membuang dan mencuci darah dari toksid yang berlebihan. daunnya yang dikeringkan dan dijadikan teh telah digunakan sajak dulu lagi dan selamat dari sebarang kesan sampingan.Ia juga dapat membantu tubuh kita mengeluarkan bendalir berlebihan terutamanya dari sendi.Ia mengandungi kandungan kalium yang mencukupi untuk menggantikan kehilangan kalium dari badan semasa pembuangan air kencing.Ia juga tidak mendatangkan masalah pada buah pinggang seperti kebanyakan ubat-ubat moden. selain itu ia juga dapat merawat penyakit lain seperti gout, athriris, reumatik dan penyakit batu karang.Ia juga dpat mencegah pembentukan batu karang.Ia juga terkenal dengan khasiatnya untuk merawat kencing manis dan menurunkan tekanan darah tinggi

Daun Kaduk

Kaduk

Nama Tempatan:Kaduk
Nama Saintifik:piper sarmentosum roxb
Nama Lain:Sirih duduk
Famili:piperaceae
Lokasi dijumpai:Dikawasan yang agak lembab
Asal:

keterangan:

kaduk ilaah sejenis tanaman yang banyak digunakan sebagai perisa dalam masakan melayu seperti masak lemak terutamanya masak lemak udang dan ketam.Kaduk sedak dijadikan ulam jika direbus dan dicecah dengan sambal belacan.Ia mudah ditanam dan hidup subur terutamanya di kawasan-kawasan yang lembap dan hidup liar. Daun kaduk lembut berbentuk bujur bulat, nipis, berwarna hijau tua, berkilat dan berselang-seli manakal bunganya banyak, padat, sangat kecil dan tersusun rapat.Ia adalah tumbuhan jenis memanjat yang sesuai hidup dikawasan beriklim panas seperti tropika.Kaduk hidup meliar terutama di kawasan teduh, lembap atau di bawah sudur pokok lain manakala penanamannya menggunakan kaedah keratan batang.

kegunaan:

Air yang direbus dengan akar pokok kaduk dapat melawaskan kencing. Daunnya pula mujarab untuk merawat demam malaria dengan cara meminum air rebusannya. Air rebusan itu juga berkhasiat bagi melegakan batuk-batuk, selesema, sakit pinggang, sakit gigi dan sengal-sengal tulang.Daunnya yang ditumbuk pula boleh dijadikan ubat panau dengan cara menambal pada bahagian panau itu.

Daun Kari

Kari

Nama Tempatan:Kari
Nama Saintifik:Murraya Koenigii
Nama Lain:Karipulei, curry leaves
Famili:Rutaceae
Lokasi dijumpai:Diperkarangan rumah
Asal:

keterangan:

Pokok kari ialah sejenis pokok renek yang mempunyai ketinggian antara 0.9 hingga 6 meter.Ia biasa ditanam dihalaman rumah kerana kegunaan sebagai rempah dalam masakan terutamanya dalam masakan kari. Daun kari mempunyai bau yang kuat dan mempunyai rasa agak pahit. Daun ini mempunyai banyak kegunaan bagi masyarakat india kerana ia tidak hanya digunakan dalam masakan kari tetapi dalam masakan lain seperti rasam, chutney , murukku dan sebagainya lagi. Berasal dari India dan Srilanka tumbuhan ini akan hidup subur dalam zon tropika. Tumbuhan ini agak lasak walaupun sebenarnya ia menyukai tanah yang subur dan kaya dengan mineral.Bunganya kecil berwarna putih kekuningan dan buahnya juga kecil berwarna hijau ketika muda dan ungu setelah matang. Ia membuak melalui biji benih, keratan batang dan anak yang tumbuh dari akarnya.Selain ditanam di halaman rumah kerana daunnya ia juga ditanam sebagai tumbuhan hiasan.
Hasil kajian mendapati Daun kari mengandungi: 66.3% kelembapan
6.1% protein
1.0% lemak
16.0% karbohidrat
6.4% fiber
Mineral dan vitamin seperti kalsium, fosforus,zat besi,asid nikotinik dan vitamin C.
Ia juga mengandungi volatile oil dan sejenis glukosid yang dipanggil koenigiin.

kegunaan:

Daun kari mempunyai khasiat perubatan yang tinggi dan digunakan dengan meluas dalam perubatan india.Ia dijadikan tonik herba untuk menguatkan perut dan meningkatkan keupayaannya serta mengatasi masaalah penghadaman.Ia juga boleh digunakan sebagai laksatif(julap) lemah untuk mengatasi masalah sembelit.Jus daunnya yang segar dicampur dengan jus limau nipis digunakan untuk mengatasi masalah loya dan pening terutamanya akibat makan lemak yang berlebihan.Caranya dengan mencampurkan satu sudu teh jus daun kari dan satu sudu teh jus limau nipis.jus daun kari yang dicampur dengan madu juga dapat menjadi penawar kepada cirit birit dan buasir.Air rebusan kulit batangnya yang kering dapat digunakan untuk mengubat diabetes.Amalan memakan 10 helai daunnya setiap hari selama 3 bulan dikatakan dapat mencegah kencing manis yang disebabkan oleh keturunan dan kegemukan.Selain dari itu daun kari juga dapat mencegah uban. Buahnya yang didihkan dengan minyak kelapa hingga kehitaman boleh dihancurkan dan digunakan untuk merawat gigitan serangga dan haiwan berbisa.Daunnya yang dihancurkan dan dijadikan pes boleh digunakan untuk merawat lebam dan bengkak dengan cara menampalnya pada bahagian yang sakit itu.

Lidah Buaya

Lidah buaya

Nama Tempatan:Lidah buaya
Nama Saintifik:Aloe Vera linn.
Nama Lain:jadam(melayu), crocodile tounge(english), salvia(sepanyol) dan lu hui (cina)
Famili:Liliaceae
Lokasi dijumpai:Seluruh dunia
Asal:

keterangan:

Aloe vera atau lidah buaya atau nama saintifiknya Aloe Vera Linn dikenali juga dengan nama lily of the desert,plant of immortality dan tumbuhan berubat. nama aloe berasal dari perkataan arab (alloeh) yang bermaksud pahit. pada tahun 1500 sebelum masehi, orang-orang mesir telah mula menggunakan aloe vera untuk mengubat kelecuran akibat terbakar, jangkitan kuman dan serangan parasit. Aloe vera mudah ditemui di seluruh dunia dan pada semua iklim. terdapat lebih dari 500 jenis aloe vera. Aloe vera mengandungi 96% kandungan air dan selebihnya adalah minyak pati, asid amino, mineral, vitamin, enzim dan glikoprotein.Aloe vera banyak ditanam kini sebagai tumbuhan hiasan didalam pasu.daunnya tajam dan berbentuk taji dengan duri disekeliling daunnya. panjang daunnya boleh mencapai antara 15-20 cm panjang.Aloe vera juga mempunyai bunga yang berwarna kuning kemerahan. Tumbuhan ini dikatakan berasal dari Afrika utara.Aloe vera membiak dengan cara pembahagian anak.Nama lain bagi aloe vera ialah: jadam(melayu), crocodile tounge(english), salvia(sepanyol) dan lu hui (cina)

kegunaan:

Pengamal perubatan moden mula menggunakan aloe vera semenjak tahun 1930 an.Bahagian yang digunakan adalah daunnya. ia banyak digunakan untuk mengubat colitis dan ulcer peptic.ia juga digunakan sebagai makanan tambahan yang boleh membantu penghadaman, melancarkan perjalanan darah, juga untuk meningkatkan kecekapan buah pinggang, pundi kencing dan hati.Ia juga mengandungi sekurang-kurangnya 3 asid lemak yang berguna untuk perut, usus kecil dan usus besar. sifatnya yang beralkali juga dapat membantu mengurangkan masalah asid berlebihan dalam badan yang juga merupakan punca utama masalah sukar menghadamkan makanan.Ia boleh menolong melancarkan dan membersihkan salur makanan(salur penghadaman).Satu bahan yang baru ditemui dalam aloe vera ialah acemannan dan ia sedang dikaji kerana potensinya yang dipercayai dapat menguatkan ketahanan semulajadi badan.bahan ini dapat menjanakan pengeluaran T-limfosit yang membantu sistem pertahanan badan.Untuk kegunaan dirumah pula, gel yang diekstrak dari daun lidah buaya boleh gunakan jika bahagian badan melecur, melepuh atau bangkat. ia boleh digunakan ketika demam untuk menurunkan suhu badan dengan cara menyapu gelnya pada kepala , dahi dan pelipis.Lidah buaya juga membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka.Ia juga mengurangkan gatal-gatal akibat dari gigitan serangga.Untuk penggunakan kecantikan gel dari daunnya boleh membantu mencegah jerawat dan menegangkan kulit muka, ia juga menambahkan kelembapan pada muka, merawat sunburn dan masalah kerengsaan kulit.Ia juga digunakan untuk melebat dan menyuburkan rambut ia boleh digunakan secara terus. untuk membuat jusnya, kupas bahagian luar daun dan blend hingga hancur, campurkan sedikit air.

Temulawak

Temu lawak

Temulawak
Bunga temu lawak
Nama Tempatan:Temu lawak
Nama Saintifik:curcuma xanthorrhiza
Nama Lain:Nama farmaseutikal-Rhizoma Curcuma xanthorrhizae,shu kuat keung wong(kantonis),giant curcuma, false turmeric, temu lawak, temulawak, dilaw, dilao,temu putih
Famili:Zingiberaceae
Lokasi dijumpai:India, southern part of China, Africa and south east Asia
Asal:

keterangan:

Tumbuhan hampir menyerupai kunyit ini mempunyai bau yang wangi pada keseluruhan tumbuhan terutama rizomnya.Ia boleh mencapai ketinggian hingga 2m dan biasa didapati dikawasan belukar yang tidak terlalu tebal. Bila dimakan ada sedikit rasa pahit dan manis. mengandungi sebatian volatile oil(6-11%),curcuminoids(62%) dan starch(30-40%). Tumbuhan ini membiak melalu pecahan rizom dan sukakan tempat yang agak lembab dan mempunyai pendedahan terus kepada cahaya matahari. Temu lawak banyak digunakan dalam perusahan kosmetik hari ini kerana ia dikatakan dapat menjadi agen pencegah penuaan dan menjadi penawar masalah sakit puan bagi wanita

kegunaan:

Dalam perubatan herba temulawak banyak digunakan untuk mengubat penyakit-penyakit seperti:
1.Rheumatik dan kesakitan pada otot.
2.Ubat demam( anti-pyretic)
3.Masalah hati, demam kuning dan penyakit batu karang
4.Penyakit kulit
5.Menghilangkan kekejangan dan mengelaknya dari berulang
6.Buasir dan masalah kerengsaan pada rektum
7.Berak berdarah(bloody diarrhea) dan disentri.Juga merawat masalah sembelit
8.Batuk dan demam pada kanak-kanak.
9.Masalah keputihan dan jangkitan kulat sepeti candida albican pada vagina.
10.Penyakit kencing manis.
11. Gastrik dan gas berlebihan
Capa penggunaan ialah dengan mengambil 3-9 g rizomnya yang segar(kering 1-5 g) dan direbus sekejap supaya minyak sarinya tidak hilang dan rizomnya dimakan setiap kali sebelum makan. Ini juga akan melancarkan penghadaman makanan.selain itu ia juga dikatakan dapat menjadi ubat pada kanser pangkal rahim dan mengembalikan kecergasan tubuh badan ** peringatan, jangan sesekali menggunakan tumbuhan ini ketika hamil kerana ia boleh menyebabkan contraction rahim dan boleh membawa kepada keguguran janin diperingkat muda kehamilan.Kegunaan yang berlarutan(dalam masa yang panjang) mungkin akan menyebabkan ulser pada usus.

Kesum

Kesum


YosriKesum.jpg
Nama Tempatan:Kesum
Nama Saintifik:Polygonum minus huds
Nama Lain:Cenohom
Famili:Polygonaceae
Lokasi dijumpai:sayuran
Asal:

keterangan:

Kesum ialah sejenis tumbuhan yang memerlukan kawasan yang agak lembab dan berair untuk hidup. Ia membiak melalui keratan batang. Ia sejenis tumbuhan yang cepat membiak dan dapat menguasai sesuatu kawasan dengan cepat.

kegunaan:

kesum banyak digunakan dalam masakan melayu kerana aromanya. Ia digunakan untuk mengharumkan masakan seperti laksa dan asam pedas. Selain dari digunakan dalam masakan kesum juga boleh dijadikan penawar penyakit. Ia digunakan untuk mengubati masalah perut tidak hadam dengan cara merebus pokok kesum berasama air hingga mendidih dan airnya diminum. Ia juga boleh menjadi penawar kepada masalah kelemumur. Cara untuk menghilangkan kelemumur menggunakan kesum ialah dengan menumbuk daunnya hingga lumat dan airnya diperah.Gosokkan air yang terhasil ini pada kulit kepala dan biarkan selama 3-5 minit sebelum dibilas dengan air bersih.

Sirih

Sirih

Nama Tempatan:Sirih
Nama Saintifik:Piper betle L.
Nama Lain:sirih jawa, betel leaf
Famili:PIPERACEAE
Lokasi dijumpai:Tumbuhan laman
Asal:

keterangan:

Sirih adalah tumbuhan yang mempunyai nilai yang tinggi dalam masyarakat melayu dan juga masysrakat india. Ia merupakan sejenis tumbuhan memanjat (boleh mencapai ketinggian 10-15 kaki) yang boleh membiak melalui keratan batang dan anak yang akan tumbuh dari batangnya yang merayap di tanah.Sirih selalunya dikaitkan dengan semangat pada zaman kepahlawan melayu. Sehelai sirih bertemu urat yang dimakan bersama pinang, kapur dan gambir dikatakan dapat menaikkan semangat pahlawan yang bakal berjuang. Dalam upacara pertunangan dan perkahwinan pula, sirih junjung dijadikan kepala hantaran dan merupakan bahan wajib bagi masyarakat melayu. Dalam perubatan tradisional pula sirih banyak digunakan khususnya untuk penyakit yang dikatakan berpunca dari gangguan makhluk halus.Sirih juga dijadikan sejenis snek oleh orang-orang tua melayu dan india. sehelai daun sirih yang telah di bersihkan dicalit dengan sedikit kapur. Pinang yang telah diricih halus atau dipotong kecil diletakkan diatas daun bersama dengan gambir. Daun sirih kemudiannya digunakan untuk membungkus bahan ini sebelum dikunyah.

kegunaan:

Dalam perubatan melayu, sirih yang terbukti secara saintifik mengandungi minyak sari(kadinen,kavikol,sineol,eugenol,karvakol) ini digunakan untuk mengubat penyakit-penyakit seperti keputihan, nafas berbau ,badan berbau, batuk, radang selaput lendir mata, trauchoma, jantung berdebar-debar, kemurungan, demam selepas bersalin, air susu terlampau banyak dan sariawan.Disertakan disini beberapa langkah untuk menggunakan daun sirih sebagai penawar.Untuk penyakit keputihan beberapa helai daun sirih yang telah dibersihkan di rebus dalam air hingga mendidih dan airnya dibiarkan suam. Air ini digunakan untuk mencuci vagina terutamanya setiap kali selepas kencing. Untuk Nafas bebau pula ada dua cara, satu cara dengan mengunyah daun sirih yang telah dibersihkan hingga lumat dan biarkan berada dalam mulut seketika sebelum diluahkan. Satu cara lagi ialah dengan merebus beberapa helai daun sirih hingga mendidih, setelah itu disejukkan dan ditapis, gunakan untuk berkumur dua kali sehari,pagi dan malam. Untuk gusi bengkak pula 5-6 helai daun sirih direbus dengan 3 gelas air hingga mendidih, setelah itu masukkan sedikit garam.Biarkan hingga suam dan gunakan untuk berkumur dua hingga tiga kali sehari.Untuk menghilangkan bau badan, 2 hingga 3 helai daun sirih direbus dengan 1/2 gelas air hingga mendidih, angkat daunnya dan masukkan gula batu sebelum diminum.Jika tidak mahu minum airnya kaedah lain ialah dengan mengambil sehelai daun sirih dan di calit sedikit kapur sirih. Ramas daunnya dan sapukan pada ketiak.

Nanas Kerang

Nanas kerang

Nanas kerang
Close up
Bunga di celah daun

Gambar pokok diambil di Seremban. Tumbuhan ini memang banyak ditanam samada di dalam pasu, dalam tayar terpakai atau dibiarkan membiak di atas tanah. Nama saitifiknya ialah Rhoeo discolor atau Rhoeo spathacea dan ketinggiannya tidak melebehi 70 sm. Daunnya tebal, panjang tirus seperti daun nanas berwarna kehijauan di atas dan unggu di bawahnya. Bunganya berwarna putih berbentuk kerang dan keluar dari ketiak daun.

Dalam perubatan China ia diketahui sebagai tumbuhan yang ada rasa manis dan sejuk. Ia baik untuk mengubati radang, memelihara peparu, bertindak sebagai antibatuk, dapat mencairkan kahak, anti diarrhea dan membersihkan darah. Khasiat tumbuhan ini terdapt pada daun dan bunga samada digunakan segar atau setelah dikeringkan.
Untuk radang peparu, batuk berkahak, flu dan cirit birit ambil 20-30 kuntum bunga, rabus dan minum airnya. Bagi mengubat muntah darah dan radang peparu jenis akut, ambil 10 helai daun dan 30 kuntum bunga segar, rabus dengan gula batu dan minum airnya. Untuk penyakit berak darah ambil 15 helai daun dan 50 kuntum bunga yang telah dikeringkan dan campurkan dengan gula melaka. Minum air rebusan yang telah ditapis dan disejukkan.

Namun begitu 
wanita hamil dilarang menggunakan herba ini kerana ditakuti akan menjejaskan bayi dalam kandungan.

Lempoyang

Pokok Lempoyang 

Lempoyang merupakan pokok keluarga Ginger yang berasal dari Asia tenggara tetapi telah meluas berkembang di kawasan-kawasan tropika dan subtropika.
Zingiber zerumbet adalah pokok yang juga mempunyai banyak khasiat. Ia juga boleh dijadikan tanaman landskap yang boleh memberi kesan yang menarik pada sesuatu taman. Bunga-bunga berbentuk kon yang dapat bertahan lama dan berguna untuk dijadikan bunga keratan. Dia negara dan Asia dan Hawaii ia dikatakan terkenal sebagai ‘Shampoo Ginger’ kerana ia dijadikan bahan di dalam pembuatan shampoo.
Jamu Lempoyang
Khasiatnya adalah untuk membersihkan kulit muka. Ambil ½ ibu jari lempoyang, kikis kulitnya dan parut. Perah bahan tersebut dan minum airnya dengan ditambah sedikit gula atau madu.

Pecah Kaca

Pokok Pecah Kaca

Pecah beling atau nama saintifiknya Strobilanthes crispus atau Saricocalix crispus (Acanthaceae) merupakan tumbuhan yang berasal dari Madagascar hingga ke Indonesia dan telah dikenal pasti buat pertama kalinya oleh Thomas Anderson (1832 - 1870) yang mengkelaskan tumbuhan ini di bawah Spermatophyta (tumbuhan berbunga dan gymnosperma). Daun in dikenali dengan nama pecah beling, enyoh kilo, kecibeling atau kejibeling di Indonesia. Di Malaysia, pokok ini lebih dikenali dengan nama pecah kaca, pecah beling atau jin batu. Pokok mudah ditanam dan hidup subur di Malaysia. Daunnya telah digunakan secara tradisional untuk merawat kanser, kencing manis serta batu karang dan juga sebagai agen diuretik.
Tumbuhan ini mempunyai kandungan kalsium karbonat yang tinggi dan air rebusannya bersifat alkali yang lemah. Kajian oleh Kusumoto dan rakan-rakan (1992) menyatakan bahawa ekstrak air pecah beling mempunyai kompaun atau molekul yang mampu untuk merencatkan pertumbuhan retrovirus; agen dalam jangkitan virus seperti sindrom kurang daya tahan penyakit (AIDS) dan juga mampu untuk merencatkan pertumbuhan sel leukemia. Terdapat banyak kompaun yang telah diasingkan dan dikenal pasti seperti asid kafeik, asid p-hidroksi benzoik, asid p-voumarik, asid vanillik, asid gentinik, asid ferulik dan asid siringik.

Cekur

Cekur

Nama Tempatan:Cekur
Nama Saintifik:Kaempferia galangal
Nama Lain:Kencur
Famili:Zingiberaeceae
Lokasi dijumpai:
Asal:

keterangan:

Sejenis herba dan tumbuh melebar di atas tanah. Daun licin, berbentuk tirus, tersusun padat dlm pasangan yang bertentangan. Hujung daun runcing, lebih kurang 16cm panjang, 8 cm lebar. Daunnya mempunyai sedikit aroma. Cekur tidak berbatang, mengeluarkan bunga berwarna putih-ungu. Akar/rizomnya bercabang-cabang, beraroma dan isinya berwarna kuning oren. Cekur bukan bahan penting dalam masakan orang Malaysia tetapi berperanan besar dalam masakan Indonesia, Thailand, Vietnam dan India.

kegunaan:

Di Asia Tenggara, rizom cekur dicampurkan dengan lada sulah, kayu manis dan madu untuk mengubati selsema. Ia dijadikan tonik untuk mengubati batuk kering dan bronchitis. Cekur juga dijadikan losyen untuk merawat sakit mata, sakit tekak, bengkak, demam, sakit dan sengal tulang. Untuk wanita baru bersalin, cekur mengucupkan rahim dan menggalakkan pembuangan angin. Di Indonesia, akar cekur digunakan untuk merawat keracunan makanan, ulser mulut, batuk dan selsema. Akar cekur yang dikunyah dan ditelan boleh membuat seseorang itu khayal. Di India, wangian daripada cekur digunakan untuk melindungi pakaian daripada serangga. Di Filipina, air rebusan akar cekur digunakan untuk merawat sakit perut disebabkan pencernaan makanan yang kurang baik. Air rebusan turut digunakan untuk membasuh rambut bagi mengatasi masalah kelemumur dan menghilangkan rasa gatal dan pedih akibat digigit ulat bulu. Di Thailand, cekur digunakan untuk merawat sakit kepala.

Keembung

Keembung atau nama botaninya impatiens balsamina adalah sejenis pokok tanaman hiasan yang banyak dijumpai di serata negara, sama ada beriklim tropika ataupun sederhana. Dikenali juga dengan nama bunga Tabo, Inai Air (melayu) dan Garden Balsam (Inggeris), keembung adalah tumbuhan semulajadi di negara India dan Myanmar.

Keembung adalah pokok jenis herba. Batangnya mempunyai banyak air dan menghasilkan beberapa dahan kecil. Daun pokok keembung adalah jenis ringkas, susunannya berselang-seli dan berbentuk mata lembing. Di kedua-dua hujung daun adalah runcing dan bergerigi halus. Daunnya juga bertangkai pendek.

Bunga keembung dihasilkan secara tunggal atau beberapa bunga pada tangkai jambak bunga. Ia dihasilkan di ketiak daun. Bunganya ada jenis berwarna putih, kuning pucat, merah jambu, merah dan ungu. Lazimnya bunga keembung mempunyai lima kelopak tetapi ada jenis yang berganda.

Buah keembung adalah jenis kapsul berbentuk bulat memanjang. Buah yang masak akan merekah secara meletup dan menebarkan biji. Biji buah keembung bersaiz kecil dan berwarna kehitam-hitaman.

Pokok tanaman hiasan daripada keluarga balsaminaceae ini turut mempunyai khasiat ubatannya yang tersendiri. Bahagian yang digunakan untuk tujuan perubatan tradisional adalah daun, bunga, biji dan batang. Seluruh bahagian pokok ini kecuali akarnya dikatakan boleh direbus dan dijadikan ubat bagi merawat busung, demam kuning, hepatitis dan kembung air.

Daun pokok keembung dikatakan boleh direbus dan digunakan untuk mencuci dan melebatkan rambut. Ia juga boleh ditumbuk halus dan kemudiannya ditampal pada luka, penyakit kulit, sakit di atas, sekeliling atau dalam kuku, kulit lekang, bernanah dan kulit bengkak. Boleh juga ditampal pada kepala apabila sakit kepala.

Batang pokok keembung boleh ditumbuk sampai hancur, airnya kemudiannya diperah dan disapu pada lebam, ketuat, kutil, kurap dan ulser yang busuk. Cecair yang diperah daripada batang ini juga boleh disapu pada kulit yang luka supaya tidak bengkak ataupun lebam. Cecair yang diperah ini turut boleh disapu sebagai losyen untuk merawat bengkak mata.