Setawar | |
Nama Tempatan: | Setawar |
Nama Saintifik: | kalanchoe pinnata |
Nama Lain: | air plant,jijik,coirama, coirama-blanca, setawar bisa, mother of thousands,Patragaja(india) |
Famili: | Crassulaceae |
Lokasi dijumpai: | Tumbuhan hiasan |
Asal: | |
keterangan: | |
tumbuhan ini adalah tumbuhan yang agak unik kerana akarnya boleh tumbuh tanpa medium lain kecuali udara.Daunnya selalu dijadikan mainan oleh kanak-kanak.Daunnya tebal dan berair.Tumbuhan ini membiak dengan begitu cepat sekali dan disesetengah tempat ia tersenarai sebagai rumpai perosak.Di Malaysia setawar banyak ditanam sebagai tanaman hiasan kerana struktur daunnya yag cantik.Cara pembiakannya begitu mudah sekali iaitu melalui daunnya. Ia juga boleh membiak melalui biji benih dan keratan batang. Bunganya kecil berwarna kuning kehijauan. Tumbuhan ini menyukai tempat yang agak lembap dan redup. | |
kegunaan: | |
Dalam perubatan tradisional melayu setawar digunakan untuk menyejukkan badan terutamanya ketika di serang demam panas. Daunnya yang tebal itu diramas dan dipatahkan dalam air dan air digunakan untuk menjarang atau membasahkan kepala pesakit.Namun ramai yang tidak sedar akan khasiat lain tumbuhan ini. Ia terbukti secara saintifik dapat membantu mencegah kanser.Selain itu ia juga mempunyai ciri-ciri anti bakteria , dapat mengelakkan dan mencegah keradangan terutamanya pada kulit.daunnya yang dikisar menjadi jus boleh digunakan untuk merawat senak perut.Untuk mengubat cirit birit pula dua atau tiga helai daunnya dikisar menjadi jus yang pekat, tidak perlu ditambah air , jus ini diambil 3 kali sehari dengan sukatan 3 sudu teh setiap kali.Untuk kembung perut pula, 2 helai daunnya dikisar bersama seinci kunyit dan disapukan pada perut satu atau 2 kali sehari. |
Thursday, 15 March 2012
Setawar
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment