Kesum | |
Nama Tempatan: | Kesum |
Nama Saintifik: | Polygonum minus huds |
Nama Lain: | Cenohom |
Famili: | Polygonaceae |
Lokasi dijumpai: | sayuran |
Asal: | |
keterangan: | |
Kesum ialah sejenis tumbuhan yang memerlukan kawasan yang agak lembab dan berair untuk hidup. Ia membiak melalui keratan batang. Ia sejenis tumbuhan yang cepat membiak dan dapat menguasai sesuatu kawasan dengan cepat. | |
kegunaan: | |
kesum banyak digunakan dalam masakan melayu kerana aromanya. Ia digunakan untuk mengharumkan masakan seperti laksa dan asam pedas. Selain dari digunakan dalam masakan kesum juga boleh dijadikan penawar penyakit. Ia digunakan untuk mengubati masalah perut tidak hadam dengan cara merebus pokok kesum berasama air hingga mendidih dan airnya diminum. Ia juga boleh menjadi penawar kepada masalah kelemumur. Cara untuk menghilangkan kelemumur menggunakan kesum ialah dengan menumbuk daunnya hingga lumat dan airnya diperah.Gosokkan air yang terhasil ini pada kulit kepala dan biarkan selama 3-5 minit sebelum dibilas dengan air bersih. | |
Thursday, 15 March 2012
Kesum
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment