Thursday, 15 March 2012

Nanas Kerang

Nanas kerang

Nanas kerang
Close up
Bunga di celah daun

Gambar pokok diambil di Seremban. Tumbuhan ini memang banyak ditanam samada di dalam pasu, dalam tayar terpakai atau dibiarkan membiak di atas tanah. Nama saitifiknya ialah Rhoeo discolor atau Rhoeo spathacea dan ketinggiannya tidak melebehi 70 sm. Daunnya tebal, panjang tirus seperti daun nanas berwarna kehijauan di atas dan unggu di bawahnya. Bunganya berwarna putih berbentuk kerang dan keluar dari ketiak daun.

Dalam perubatan China ia diketahui sebagai tumbuhan yang ada rasa manis dan sejuk. Ia baik untuk mengubati radang, memelihara peparu, bertindak sebagai antibatuk, dapat mencairkan kahak, anti diarrhea dan membersihkan darah. Khasiat tumbuhan ini terdapt pada daun dan bunga samada digunakan segar atau setelah dikeringkan.
Untuk radang peparu, batuk berkahak, flu dan cirit birit ambil 20-30 kuntum bunga, rabus dan minum airnya. Bagi mengubat muntah darah dan radang peparu jenis akut, ambil 10 helai daun dan 30 kuntum bunga segar, rabus dengan gula batu dan minum airnya. Untuk penyakit berak darah ambil 15 helai daun dan 50 kuntum bunga yang telah dikeringkan dan campurkan dengan gula melaka. Minum air rebusan yang telah ditapis dan disejukkan.

Namun begitu 
wanita hamil dilarang menggunakan herba ini kerana ditakuti akan menjejaskan bayi dalam kandungan.

No comments:

Post a Comment