Thursday 13 September 2012

Bengkel Pemantapan Pengurusan PSS Zon Selatan

Pada 13/8/2012 sehingga 16/8/2012, BTP telah mengadakan satu Bengkel Pemantapan Pengurusan Pusat Sumber Sekolah Zon Selatan. Bengkel ini diadakan di Hang Tuah World Heritage Hotel, Melaka. Objektifnya memberi kesedaran kepada Guru Perpustakaan dan Media (GPM) selaku pengurus literasi maklumat dan teknologi pendidikan di sekolah konsep dan kepentingan literasi maklumat dan teknologi pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran abad ke-21.

Pelancaran Bulan Teknik Vokasional

Pada 23/7/2012 sehingga 13/8/2012, satu majlis pelancaran Bulan Teknik vokasional telah diadakan. Matlamat adalah meningkatkan prestasi pelajar dalam bidang Teknik & Vokasional. Objektifnya ialah menarik minat pelajar dalam bidang teknik & vokasional, menanamkan semangat mementingkan kemahiran dan teknologi maklumat dan melahirkan pelajar yang berkemahiran dalam bidang teknikal serta berdaya saing, kreatif dan inovatif.

Kempen Sains dan Matematik

Pada 18/6/2012 sehingga 14/7/2012, Kempen Sains dan Matematik adalah memupuk minat pelajar terhadap sains dna matematik membantu pelajar memperolehi kemahiran matematik dan sains serta menggalakkan pelajar berfikir secara kritis, kreatif dan logik.


Majlis Pelancaran Bulan Bahasa



Pada 5/3/2012, satu Majlis Pelancaran Bulan Bahasa adalah memberi kesedaran kepada pelajar bahawa ketrampilan mereka dalam berbahasa dapat menolong mereka menguasai pengetahuan dna mengangkat martabat diri pelajar dalam ilmu kebahasaan.

Thursday 3 May 2012

Majlis Anugerah Tokoh Nilam & Pusat Sumber Sekolah Peringkat Kebangsaan 2012

Pada 28hb. April 2012, Majlis Anugerah Tokoh Nilam & Pusat Sumber Sekolah peringkat kebangsaan telah diadakan di PWTC, Kuala Lumpur. PSS sekolah ini telah berjaya mendapat tempat ketiga bagi Kategori Sekolah Menengah dengan hadiah, sijil dan wang tunai RM 5,000. Kejayaan PSS adalah usaha dan komitmen bersama pelbagai pihak seperti BTP Johor, PPD, PKG Daerah, PIBG, pihak pentadbir, guru-guru PSS, guru-guru, pembantu makmal, pembantu PSS, pekerja swasta, bekas pelajar dan pelajar-pelajar. Syabas dan tahniah kepada semua warga sekolah.
GPM bersama dengan Pegawai BTP KPM dan Pegawai BTP Negeri Johor
GPM menerima hadiah tempat ke-3 untuk APSS di Kuala Lumpur
GPM bersama dengan GPK1 Tn. Hj. Othman Sarban, Pengetua Tn. Hj. Suradi Sarikom dan Pegawai PKG Daerah Ledang En. Muhammad Arshad B. Harun
Kejayaan Negeri Johor dalam Majlis Anugerah Nilam dan PSS Peringkat Kebangsaan


Warga Sekolah bersama dengan pegawai BTP KPM, pegawai PKG daerah Muar & Ledang

GPM bersama dengan Pegawai PKG Daerah Ledang En.Muhammad Arshad Hurun.

GPM bersama dengan Juruteknik PKG daerah Muar & Teknik.

GPM bersama dengan Cik Tee Siew Bee Guru Sains

GPM bersama dengan Juruteknik sekolah
GPM bersama dengan Guru Cemerlang dan Pelajar
GPM bersama Pegawai BTP KPM