Thursday 13 September 2012

Bengkel Pemantapan Pengurusan PSS Zon Selatan

Pada 13/8/2012 sehingga 16/8/2012, BTP telah mengadakan satu Bengkel Pemantapan Pengurusan Pusat Sumber Sekolah Zon Selatan. Bengkel ini diadakan di Hang Tuah World Heritage Hotel, Melaka. Objektifnya memberi kesedaran kepada Guru Perpustakaan dan Media (GPM) selaku pengurus literasi maklumat dan teknologi pendidikan di sekolah konsep dan kepentingan literasi maklumat dan teknologi pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran abad ke-21.

Pelancaran Bulan Teknik Vokasional

Pada 23/7/2012 sehingga 13/8/2012, satu majlis pelancaran Bulan Teknik vokasional telah diadakan. Matlamat adalah meningkatkan prestasi pelajar dalam bidang Teknik & Vokasional. Objektifnya ialah menarik minat pelajar dalam bidang teknik & vokasional, menanamkan semangat mementingkan kemahiran dan teknologi maklumat dan melahirkan pelajar yang berkemahiran dalam bidang teknikal serta berdaya saing, kreatif dan inovatif.

Kempen Sains dan Matematik

Pada 18/6/2012 sehingga 14/7/2012, Kempen Sains dan Matematik adalah memupuk minat pelajar terhadap sains dna matematik membantu pelajar memperolehi kemahiran matematik dan sains serta menggalakkan pelajar berfikir secara kritis, kreatif dan logik.


Majlis Pelancaran Bulan Bahasa



Pada 5/3/2012, satu Majlis Pelancaran Bulan Bahasa adalah memberi kesedaran kepada pelajar bahawa ketrampilan mereka dalam berbahasa dapat menolong mereka menguasai pengetahuan dna mengangkat martabat diri pelajar dalam ilmu kebahasaan.