Thursday 15 March 2012

Serai

Serai

Nama Tempatan:Serai
Nama Saintifik:Cymbopogon citratus
Nama Lain:Serai makan, lemon grass, takrai, sereh makan
Famili:Graminae
Lokasi dijumpai:Tanaman kebun
Asal:Sri Lanka

keterangan:

Di Malaysia serai merupakan tanaman yang paling mudah dijumpai di tanam dihalaman rumah kerana pelbagai kegunaannya dalam masakan melayu dan indonesia.Ia merupakan sejenis tanaman dari keluarga rumput yang mempunyai aroma yang kuat dan wangi.Serai tumbuh dalam sat rumpun yang lebat. Ia membiak dengan pecahan rizom dengan kadar pertumbuhan yang cepat.Serai mempunyai batang berwarna putih. sesetengah variasi mempunyai batang yang berwarna putih keunguan atau kemerahan.Daunnya berbentuk tirus dengan panjangnya lebih kurang 50 hingga 100 cm dan lebarnya lebih kurang 2 cm.Walaupun serai boleh mengeluarkan bunga namun di malaysia ia sangat jarang dijumpai mengeluarkan bunga.

kegunaan:

Serai banyak digunakan dalam masakan melayu , indonesia dan thailand. antara masakan yang menggunakan serai ialah tomyam, rendang dan kerabu. selain daripada itu serai juga digunakan dalam rawatan aromaterapi. minyak pati yang diekstrak dari serai juga digunakan sebagai pewangi untuk kosmetik ,syampu dan sabun.Serai mengandungi kandungan sitral sebanyak lebih kurang 65 hingga 85 % . antara sebatian lain yang terdapat dalam serai ialah linalol,geraniol,sitronelal,sitronenol,farnesol,farnesal, limonena dan nerol.

No comments:

Post a Comment