Saturday, 17 March 2012

Aromaterapi/Pewangi

Aromaterapi telahpun diguna sejak bermulanya tamadun untuk merawat pelbagai keadaan. Terapi ini memerlukan minyak yang penting didapati daripada ekstrak bunga pokok, daun, cabang, kulit buah, kulit kayu atau akar melalui distilasi stim, ekstraksi solven dan pemerahan. Minyak ini  dipercayai menjadi tenaga kehidupan bagi sesuatu tumbuhan. Oleh itu, minyak sintetik tidak dapat diguna dalam rawatan ini kerana tiadanya tenaga kehidupan.


Aromaterapi berupaya untuk mencegah seizur pada sesetengah orang epilepsi. Dr. Tim Betts(Universiti Birmingham, England), telah melakukan kajian di mana pesakit dengan epilepsi refraktori disuruh untuk melakukan hipnosis sendiri untuk membantu relaksasi pada masa sama menerima urutan aromaterapi. Pesakit seterusnya diberitahu untuk mengambil minyak(ekstrak), sekiranya pesakit rasa serangan epilepsi berlaku. Didapati bahawa sebahagian besar pesakit bebas dari serangan seizur sepenuhnya.


Aromaterapi mungkin menolong pesakit epilepsi yang mengalami aura yang merupakan tanda bagi epilepsi akan berlaku. Penggunaan minyak ekstrak ini boleh mengelakan atau menurunkan keterukan serangan epilepsi jika diambil sebelum berlakunya serangan.Pesakit dengan epilepsi tidak seharusnya bersin kerap kali apabila minyak aromaterapi ini disedut. Ini adalah kerana, kekerapan bersin itu sendiri dapat merangsang seizur pada sesetengah pesakit.


Herba yang boleh digunakan sebagai aromaterapi ialah:





No comments:

Post a Comment