Perpustakaan yang di beri nama Joe and Rika Mansueto merupakan perpustakaan yang terdapat di University of Chicago. Perpustakaan ini merupakan perpustakaan yang paling mewah jika dibandingkan dengan perpustakaan yang terdapat di Dunia ini.
Perpustakaan yang dibina seluas 8000 kaki persegi bukan saja seperti perpustakaan biasa. Apabila anda memasuki perpustakaan tersebut pasti anda tertanya tanya ‘dimanakah bukunya?‘.. Buku-buku tersebut di simpan di ruangan bawah tanah yang mempunyai keluasan dan kedalaman yang amat luas dan dalam. Ruang simpanan buku tersebut disimpan dalam rak logam dan ianya tersusun secara rapi dan teratur.
Rak penyimpanan terdapat 5 tingkat dan ianya dalam lingkungan ketinggian 50 meter. Setiap rak boleh memuatkan sehingga 100 buah buku. Dan jumlah keseluruhan buku yang dapat disimpan adalah sebanyak 3.5 juta. Terdapat lebih kurang 35 ribu judul buku di perpustakaan ini. Rak yang direka khas itu juga lebih dapat menampung lebih banyak bilangan buku jika dibandingkan dengan rak yan lain iaitu 7 kali ganda lebih banyak.
Proses pinjaman boleh dibuat secara online. Bagi proses pinjaman dan penyimpanan,teknologi robot digunakan iaitu menggunakan sistem barcode. Jadi ianya akan lebih bersistematik dan cepat. Dimana, proses pinjaman adalah dalam masa hanya 5 minit sahaja.
Kos yang digunakan dalam pembinaan perpustakaan ini adalah sebanyak $81 juta. Dan kos tersebut juga ditanggung oleh Joe-Moningstar dan Rica-Mansueto iaitu lebih kurang $25juta. Jadi untuk mengenangkan jasa mereka, Nama Perpustakaan tersebut diberi nama Joe and Rica Mansueto Library.
No comments:
Post a Comment